MALAYSIA

Remaja maut motosikal langgar bas

Bernama 13/11/2025 | 13:30 MYT
Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar sebuah sebuah bas dalam kemalangan di jejambat Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu hari ini. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar sebuah sebuah bas dalam kemalangan di jejambat Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata dalam nahas kira-kira 11 pagi itu, remaja warga tempatan berusia 17 tahun berkenaan dari arah Gat Lebuh Macallum ke rumahnya di Summer Place, Persiaran Karpal Singh.

"Remaja itu tiba-tiba telah mengubah laluan lalu terlanggar sebuah bas yang sedang bergerak lurus di laluan kiri mangsa.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan bedah siasat telah dijalankan oleh Jabatan Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

#remaja #motosikal langgar bas #Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu #Polis Daerah Timur Laut