NATIONAL
Remaja maut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit dalam bas ekspres

Mangsa disahkan meninggal dunia di dalam bas ekspres berkenaan. -Sinar Harian
KEPALA BATAS: Seorang remaja maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya menggunakan soket di dalam sebuah ekspres di Terminal Bas Penang Sentral, Butterworth pada jam 7.40 malam, Jumaat.
Ringkasan AI
- Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18 tahun, maut akibat renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya di dalam bas ekspres.
- Kejadian berlaku di Terminal Bas Penang Sentral, Butterworth pada jam 7.40 malam, Jumaat.
- Renjatan elektrik disahkan sebagai punca kematian oleh pegawai perubatan Hospital Seberang Jaya, dengan kesan melecur pada jari tangan kiri mangsa.
"Ketika berada di dalam bas, dia diberitahu oleh seorang penumpang lain bahawa mangsa menjerit dalam keadaan mulutnya berbuih.
"Pemandu bas terus menghubungi ambulans untuk dapatkan rawatan awal," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Anuar berkata, hasil pemeriksaan awal pada tubuh mangsa mendapati, terdapat kesan melecur di jari tangan sebelah kiri disyaki kesan renjatan elektrik semasa mangsa mengecas telefon miliknya pada soket yang disediakan di dalam bas.
"Ia berpandukan keadaan pada penghujung kabel yang cair dan juga telefon bimbit dalam keadaan panas.
"Pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian pada jam 6.20 petang telah mengesahkan kematian mangsa.
"Pegawai perubatan Hospital Seberang Jaya telah mengesahkan punca kematian mangsa adalah renjatan elektrik dan tiada kecederaan lain," katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut di lokasi mendapati, tiada unsur jenayah ditemui dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami