awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FCC luluskan SpaceX lancar tambahan 7,500 satelit Starlink generasi kedua
Banjir bertambah buruk di Sarawak, 2,831 mangsa dipindahkan ke 39 PPS
PRK Kinabatangan, Lamag: Jalan sekitar pusat penamaan calon mula ditutup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut, tiga cedera lumba haram

Petrus Bernard
Petrus Bernard
06/05/2022
00:15 MYT
Remaja maut, tiga cedera lumba haram
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala yang cedera dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut. - Astro AWANI
TAWAU: Seorang remaja berusia 15 tahun meninggal dunia manakala tiga lagi cedera dalam nahas membabitkan empat motosikal di Kilometer 23 Jalan Merotai, di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sekumpulan remaja lelaki itu berlaku pada jam 9.15 malam dipercayai akibat aktiviti perlumbaan haram.
"Nahas dipercayai berlaku ketika kesemua mangsa menunggang motosikal dan masing-masing bersaing sesama sendiri sehingga berlaku kemalangan.
"Kesemua remaja terlibat terdiri daripada dua warga asing manakala dua lagi rakyat tempatan berusia antara 15 hingga 20 tahun," katanya.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala yang cedera dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.
Mangsa turut didapati positif COVID-19 setelah ujian saringan dijalankan ke atas mayatnya.
Siasatan lanjut polis turut mendapati tiga remaja berkenaan tidak mempunyai lesen memandu termasuk mangsa.
Ketiga-tiga lelaki terlibat kini ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#remaja maut
#lumba haram
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan