awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
Yayasan PEKEMA sasar 10,000 pelajar terima manfaat sepanjang 2026
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut, wanita patah kaki dalam kebakaran rumah kedai

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/02/2021
00:55 MYT
Remaja maut, wanita patah kaki dalam kebakaran rumah kedai
Kebakaran melibatkan dua buah kedai kelas C berkeluasan 40 x 50 di Jalan Pantai Kuala Kurau, dekat Parit Buntar. - Foto JBPM Perak
PARIT BUNTAR:Seorang remaja perempuan maut manakala seorang wanita cedera dalam kebakaran dua buah rumah kedai di Jalan Pantai Kuala Kurau, dekat sini, awal pagi ini.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Leng Li Zhee, 13 tahun, sementara mangsa yang cedera belum dikenal pasti.
Leng melecur di bahagian kaki dan maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Parit Buntar.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 12.56 pagi.
“Kebakaran melibatkan dua buah kedai kelas C berkeluasan 40 x 50 melibatkan dua mangsa berbangsa Cina.
“Seorang wanita mengalami kecederaan patah kaki. Seorang lagi, berumur 13 tahun, melecur di bahagian kaki dan maut ketika orang awam menghantar mangsa ke hospital berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut jurucakap itu, operasi pemadaman dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau dengan dibantu anggota dari BBP Parit Buntar dan BBP Bagan Serai.
Katanya, mereka menggunakan dua aliran 400 kaki dan empat pancutan menggunakan air dari pili bomba sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.
Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhamad Ihram Mohd Zin tamat pada 4.05 pagi.
Topic Berkaitan
#bomba
#kebakaran
#maut
#remaja
#mangsa
#operasi
#cedera
#JBPM
#parit buntar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan