awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca ekstrem boleh berlaku dari semasa ke semasa - MetMalaysia
Had tempoh jawatan PM: Perlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan, kesediaan parti politik - Penganalisis
Dakwa disamun di Genting Highlands, wanita warga asing disiasat buat laporan palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja meninggal dunia selepas terima vaksin ada ketumbuhan, masalah jantung - JKNJ

Hilmi Malik
Hilmi Malik
23/10/2021
11:29 MYT
Remaja meninggal dunia selepas terima vaksin ada ketumbuhan, masalah jantung - JKNJ
Dr Aman berkata, perkara itu diketahui selepas pemeriksaan dijalankan terhadapnya. - Gambar/ JKNJ
KUALA LUMPUR : Seorang remaja, Noor Hayati Nabila Abdullah, 14, yang meninggal dunia selepas beberapa hari menerima dos pertama vaksin COVID-19 awal bulan ini, didapati mempunyai ketumbuhan pada ovari serta masalah struktur jantung.
Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, perkara itu diketahui selepas pemeriksaan dijalankan terhadapnya.
“Pada 3 Oktober 2021, Allahyarhamah telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 berjenama Comirnaty Pfizer. Status kesihatan Allahyarhamah pasca vaksin dalam keadaan baik, tidak menghidap demam, selesema, lemah sendi atau susah bernafas.
“(Jenazah) Allahyarhamah telah dibawa oleh Pegawai Penyiasat Polis, Balai Polis Batu Pahat ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) pada 8 Oktober 2021 atas sebab kematian mengejut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Dr Aman memaklumkan, kesemua sampel tisu badan telah dihantar bagi pemeriksaan lanjut oleh Pakar Perubatan Forensik Patologi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Hasil keputusan dijangka akan diperoleh antara 24 sehingga 28 Oktober.
Sebelum ini, tular kenyataan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi menerusi akaun Facebook, yang mengatakan Allahyarhamah Noor Hayati Nabila meninggal dunia beberapa hari selepas menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.
Beliau turut meminta Kementerian Kesihatan mengeluarkan keputusan bedah siasat dengan telus dan segera.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kematian
#Noor Hayati Nabila
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan