awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja OKU bakar rumah nenek, dakwa disuruh 'arwah ibu'

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
07/09/2020
23:42 MYT
Remaja OKU bakar rumah nenek, dakwa disuruh 'arwah ibu'
Seorang remaja lelaki kelainan upaya bertindak membakar kediaman neneknya selepas didakwa melihat bayangan arwah ibunya. -JBPM
Seorang remaja lelaki kelainan upaya bertindak membakar kediaman neneknya selepas didakwa melihat bayangan arwah ibunya.
Kebakaran berlaku di Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu kira-kira jam 8 malam Isnin.
Menurut Juriah Salleh, ketika kejadian, cucu saudaranya yang berusia 14 tahun itu bersendirian di rumah berkenaan manakala ayah dan neneknya berada di rumah saudara mereka.
Katanya, dia hanya mengetahui insiden itu selepas dimaklumkan jiran sebelum bergegas ke rumah ibunya tidak jauh dari kediamannya.
"Saya menjerit, tanya kenapa rumah terbakar, dia kata dia yang bakar.
"Dia kata nampak ibu dia, ibu dia dah meninggal, dia nampak ibu dia suruh bakar. Bakar dengan mancis, kertas. Lilin dia letak dalam kain, dia bakar," dakwa Juriah.
Juriah berkata dia memang tidak terkejut dengan kelakuan dan pengakuan itu kerana cucu saudaranya yang didakwa ada masalah mental itu pernah bertindak sedemikian sebelum ini.
"Dia memang ada masalah mental, emosi sebab dia buat depan mata saya," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata sejurus menerima panggilan, seramai 19 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, kebakaran itu telah menyebabkan rumah dari struktur kayu itu musnah 100 peratus.
"Ketika bomba sampai, kebakaran telah 100 peratus. Terdapat seorang mangsa iaitu remaja berusia 14 tahun berada di rumah ketika kejadian. Walau bagaimanapun dia telah keluar ke tempat selamat sebelum ketibaan pihak bomba," kata Rozizah.
Beliau berkata pihak mengambil masa selama 10 minit bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah bersebelahan.
Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#bakar rumah nenek
#Juriah Salleh
#Kampung Gong Tok Nasek
#kebakaran
#Kuala Terengganu
#Rozizah Abni Hajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan