awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja OKU Firdaus dibenar keluar hospital Jumaat ini

Bernama
Bernama
07/07/2014
10:20 MYT
Remaja OKU Firdaus dibenar keluar hospital Jumaat ini
Muhammad Firdaus ketika ditemui pada 21 Jun lalu. --gambar fail
Remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai, 21 Jun lepas dibenarkan keluar Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) Jumaat ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata remaja itu akan ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan melalui perintah sementara daripada mahkamah.
"Alhamdulilah tahun ini adik Muhammad Firdaus boleh berhari raya dengan kami selain kami sedang mengesan warisnya yang lain supaya mereka boleh melawat beliau," katanya.
Pada 21 jun, Muhammad Firdaus ditemui Jabatan Imigresen negeri dalam keadaan menyayat hati di dalam sebuah bilik ketika melakukan operasi bersepadu 6P bagi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI).
Ketika ditemui, tubuh Muhammad Firdaus kurus kering, kotor, hanya memakai baju T yang sudah koyak dan reput serta berlumuran najis.
Selain itu bilik tempatnya berlindung seperti reban yang tidak dibersihkan dalam tempoh lama.
Muhammad Firdaus pada masa itu hanya boleh bergerak dengan mengengsot semasa ditemui anggota penguat kuasa kelihatan terpinga-pinga sambil bertutur dalam bahasa yang tidak jelas.
Topic Berkaitan
#HTJS
#muhammad firdaus
#OKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan