MALAYSIA

Remaja perempuan cedera parah jatuh kondominium

Bernama 26/01/2026 | 12:45 MYT
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun cedera parah selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Gelugor, semalam. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun cedera parah selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Gelugor di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintenden Lee Swee Sake berkata polis dimaklumkan kejadian oleh orang awam pada 1.15 tengah hari.

"Mangsa ditemukan terbaring di tingkat tujuh dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk polis akan merekodkan keterangan remaja itu selepas sedar.

-- BERNAMA


#Remaja perempuan #jatuh kondominium #Gelugor #Polis Daerah Timur Laut