NATIONAL

Remaja perempuan dakwa dicabul ahli politik Perlis

Sinar Harian 29/10/2018 | 07:02 MYT
Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi MyWatch, Datuk Sri R Sanjeevan di laman Twitternya, malam tadi. - Gambar hiasan
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun membuat laporan polis selepas dikatakan dicabul seorang ahli politik di Perlis.
Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi MyWatch, Datuk Sri R Sanjeevan di laman Twitternya, malam tadi.
Sanjeevan berkata, laporan itu dibuat pada 20 Oktober lalu kira-kira jam 11.30 pagi di Kangar.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Difahamkan, Sanjeevan juga turut mendedahkan suspek tersebut berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd ketika dihubungi mengesahkan laporan tersebut.
“Siasatan kes itu sedang dijalankan,” katanya ringkas.
#ahli politik #mangsa #MyWatch #politik #R Sanjeevan #suspek