MALAYSIA
Remaja perempuan hilang di Nibong Tebal, polis minta bantuan orang ramai
Polis menyeru orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai remaja tersebut agar tampil ke mana-mana balai polis terdekat.
NIBONG TEBAL: Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan, Nur Syamimi Husna Mohd Fikry, 17, yang dilaporkan hilang sejak 24 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou berkata, kejadian itu dilaporkan oleh ibu mangsa selepas mendapati anak perempuannya telah keluar dari rumah mereka di Nibong Tebal dan tidak pulang selepas itu.
“Remaja berkenaan masih bersekolah. Dia keluar dari rumah pada Ahad lalu, dan ibunya tampil membuat laporan polis selepas anaknya tidak kembali,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sehubungan itu, Jay January menyeru orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai remaja tersebut agar tampil ke mana-mana balai polis terdekat.
Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Seberang Perai Selatan, Sarjan D. Surianah Jamlan di talian 014-8696851.