HULU TERENGGANU:Seorang gadis maut selepas disamun dan ditetak penjenayah yang memecah masuk kediamannya di Kampung Lubuk Batu, Hulu Terengganu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu mangsa Siti Nur Surya Ismail, 19 tahun ditemui tertiarap di bahagian ruang tamu rumahnya.
Kejadian itu juga menyebabkan pergelangan kiri mangsa putus serta beberapa kecederaan pada anggota badan akibat tetakan tersebut.
Bapa mangsa, Ismail Muda, 58 tahun, memberitahu mereka hanya menyedari insiden itu kira-kira jam 2 petang selepas anak bongsunya pulang dari sekolah.
Menurutnya, anaknya itu juga menjaga ibunya yang terlantar sakit akibat menghidap penyakit barah otak.
Katanya, sebelum itu adiknya beberapa kali menghubungi mangsa namun tiada jawapan dan menyebabkan adiknya pulang sendiri berjalan kaki.
Namun, sejurus tiba di rumah adiknya yang berusia 15 tahun terkejut melihat keadaan kakaknya.
“Sepatutnya dia ambil adik dia dari sekolah tapi dia tak datang. Adik dia balik jalan kaki.
“Lebih kurang pukul 2.30 adiknya telefon, beritahu kakaknya berlumuran darah dan tangan dia putus,” katanya.
Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata pihaknya percaya mangsa dipukul menggunakan objek tumpul.
"Pihak polis ke tempat kejadian mendapati seorang perempuan dalam keadaan tertiarap di dalam rumah tersebut dan terdapat kecederaan pada bahagian badan dan juga muka,” kata Marzukhi.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mengulas lanjut, Mohd Marzukhi berkata, polis tidak menolak kemungkinan penjenayah yang disyaki menyamun dan menetak gadis itu dikenali ahli keluarga mangsa.
"Buat masa ini, pihak polis mempercayai suspek kes ini adalah seorang yang berkemungkinan dikenali keluarga mangsa ataupun si mati.
"Jadi, kita sedang giat mengesan suspek tersebut," katanya sambil menambah, beliau percaya hanya seorang suspek yang terlibat dalam kejadian itu.
Nur Fazlizai Ali
Sun Nov 01 2020

Polis percaya mangsa dipukul menggunakan objek tumpul. - Foto ihsan PDRM

Kemampuan cermin mata pintar Android XR diperlihat secara rasmi
Google akan melancarkan cermin mata pintar Android XR dalam masa terdekat, dengan perkakasan dibangunkan oleh Samsung dan rakan jenama seperti Gentle Monster, Warby Parker, dan Kering Eyewear.

Sarawak dijangka muktamadkan pengambilalihan MASwings menjelang 31 Dis
Sarawak dijangka memuktamadkan pengambilalihan MASwings menjelang 31 Dis tahun ini.

Kelab Thailand hantar pingat kejuaraan kepada tonggak JDT tanda penghargaan
Chonburi mengirim pingat kejuaraan liga kepada penyerang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Fergus Tierney, sebagai tanda penghargaan.

Peminat dikejutkan kehadiran Lady Gaga di medan selera Singapura
Lady Gaga, yang berpakaian serba hitam termasuk bodysuit, cermin mata hitam Prada, dan but platform dilihat bersama rombongannya menikmati pelbagai hidangan tempatan.
Wan Azizah yakin PKR mampu tawan Kelantan
Wan Azizah tegaskan potensi PKR menawan Kelantan bergantung pada semangat anak muda, integriti ahli, dan komitmen memperkukuh parti di peringkat akar umbi.

Edry KRU beli semula album sendiri
Edry KRU berkongsi keterujaan apabila terjumpa semula album KRU iaitu reKRUed yang dilancarkan pada tahun 1993, Awas! (1994) dan album kompilasi Krumania (1997).
UK hentikan rundingan perdagangan, EU pertimbang langkah serupa keatas Israel
Ikuti ulasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai tindakan United Kingdom yang menhentikan seketika rundingan perdagangan bebas dengan Israel dan kenyataan Kesatuan Eropah (EU) yang mempertimbangkan tindakan sama.
Tun Ahmadshah pemimpin prihatin kepada rakyat & negeri - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga yang dipertua Negeri Sabah Kesembilan Tun Ahmadshah Abdullah yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di kota kinabalu semalam.

LIMA'25: Malaysia perkukuh keselamatan maritim dengan teknologi pengawasan canggih
Malaysia akan meningkatkan pelaburan dalam teknologi pengawasan canggih bagi memperkukuh keselamatan maritim negara.

Agong berkenan berangkat ke LIMA'25
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA' 25) hari ini.

Peniaga kosmetik didakwa edar 1.02kg dadah
Seorang peniaga kosmetik didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 1.02 kilogram, hujung bulan lepas.

Lelaki ditahan bersama syabu, aset mewah hampir RM1 juta disita
Suspek ditahan kira-kira jam 8.40 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari JSJN Kontinjen Terengganu.

JPV kesan penyakit hawar berdarah di Kuala Terengganu
Kes pertama dilapor pada 7 April melibatkan kematian 25 daripada 120 ekor kerbau milik enam penternak berkelompok Kampung Dusun Tembakau.

Remaja maut kemalangan dengan jip
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia 16 tahun dan berasal dari Kampung Surau Haji Daud.

Kompleks beli-belah, pasar raya di Kuala Terengganu tutup sepenuhnya 1 Syawal
Premis makanan segera, kedai runcit 24 jam dan kedai serbaneka pula diarah tutup bermula 12 tengah malam.

Pemandu bas ekspres ditahan positif pil kuda
Lelaki berusia 30 tahun itu, ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan selepas gagal saringan air kencing kira-kira 9.45 pagi.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu, pertama di dunia guna tenaga solar sepenuhnya
Jambatan ikonik yang terletak di pusat bandar raya itu menerima sijil pengiktirafan daripada The International Tracking Standard Foundation.

Pelajar tahfiz maut kemalangan usai solat tarawih
Seorang pelajar tahfiz yang baru pulang menunaikan solat tarawih maut selepas motosikal dinaikinya dilanggar sebuah lagi motosikal.

Kru kapal terjatuh di muara Sungai Terengganu ditemukan lemas
Mayat Ahmat Nasaruddin dijumpai pekerja restoran sekitar 9.34 malam, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Dalam kejadian pada 8.25 malam itu, Nur Damia Umairah Amir Aswadi, 18, dari Kampung Beladau Kolam Manir, maut di lokasi kejadian.