Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
NATIONAL

Remaja perempuan terjatuh dari jeti ditemukan lemas

Bernama 10/05/2025 | 05:10 MYT
Mayat mangsa dijumpai terapung oleh Pasukan Bomba Sukarela sekitar satu kilometer dari tempat kejadian. -Gambar hiasan
IPOH: Seorang remaja perempuan ditemukan lemas di Jeti Sungai Raja Hitam, Kampung Beting Luas, Changkat Keruing di sini, selepas dipercayai terjatuh akibat lantai jeti yang reput, malam semalam.


Ringkasan AI
  • Remaja perempuan Shirley Ngu Siok Lee ditemukan lemas di Jeti Sungai Raja Hitam akibat lantai jeti yang reput.
  • Mayat mangsa dijumpai terapung oleh Pasukan Bomba Sukarela sekitar satu kilometer dari tempat kejadian.
  • Pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


Jurucakap Pusat Kawalan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Manjung berkata mayat Shirley Ngu Siok Lee, 15, dijumpai Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Changkat Keruing pada 7.52 pagi ini selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan, sejak malam tadi.

"Mayat mangsa ditemukan terapung oleh anggota bomba sukarela sekitar satu kilometer dari tempat mangsa dikatakan jatuh dari jeti dan mangsa dibawa ke pesisiran paya bakau," menurut kenyataan itu.

Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan mengesahkan kematian mangsa dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam insiden kira-kira 10.30 malam itu, Ngu yang berasal dari Kampung Baru Changkat Keruing, dilaporkan tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai di Jeti Sungai Raja Hitam ketika bersiar-siar di jeti berkenaan.

-- BERNAMA




#Shirley Ngu Siok Lee #Jeti Sungai Raja Hitam #Kampung Beting Luas #Changkat Keruing #lantai jeti reput