[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
MALAYSIA

Remaja Rohingya dikhuatiri lemas selepas main bola

Astro Awani 07/01/2018 | 20:47 MYT
Mangsa dari Madarasah Hidayah Rohingya dihanyut arus deras ketika mandi bersama empat rakan - Gambar hiasan
Kegembiraan lima sahabat etnik Rohingya mandi-manda di Sungai Kuala Berang bertukar tragedi apabila salah seorang daripadanya hilang dihanyut arus deras.
Kejadian di sekitar jam 4.15 petang Ahad selepas lima remaja dari Madrasah Hidayah Rohingya itu bermain bola di padang rekreasi berhampiran
Mangsa yang hilang disahkan sebagai Mohammad Rahim Salleh Ahmad, 17 tahun.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan, Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi berkata
operasi mencari dan menyelamat membabitkan 39 anggota termasuk jabatan bomba dan penyelamat, polis dan Angkatan Pertahanan Awam.
Pencarian selama dua jam dengan menyusuri tebing sungai bagaimanapun gagal mengesan mangsa.
Operasi dihentikan pada pukul 7 malam Ahad ekoran cuaca gelap dan akan di sambung pagi Isnin.
#Bola #hilang #lemas #remaja #Rohingya