awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja sesat di hutan Bukit Pelindung ditemui selamat

Sinar Harian
Sinar Harian
03/06/2023
04:20 MYT
Remaja sesat di hutan Bukit Pelindung ditemui selamat
Remaja perempuan yang dilaporkan tersesat ketika beriadah di kawasan Hutan Bukit Pelindung awal pagi Sabtu ditemui selamat. -Foto Bomba Pahang
KUANTAN: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan tersesat ketika beriadah di kawasan hutan Bukit Pelindung awal pagi Sabtu ditemui selamat.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, remaja berusia 20 tahun itu berjaya diselamatkan pihak bomba kira-kira jam 8.59 pagi.
"Remaja terbabit tersesat ketika membuat aktiviti mendaki bukit dan telah tersasar dari trek laluan.
"Enam pegawai dan anggota bomba telah membuat operasi pencarian dan dapat berhubung dengan mangsa melalui talian telefon," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Zulfadli berkata, susulan itu mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa turun dari lokasi tersebut.
Jelasnya, operasi pencarian ditamatkan dan pegawai serta anggota terlibat bergerak pulang ke balai Bomba dan Penyelamat Kuantan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#sesat ketika beriadah
#Bukit Pelindung
#remaja perempuan sesat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan