Remaja terima padah rogol kekasih

Sinar Harian
Julai 17, 2018 08:59 MYT
Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Danial Abdullah mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dikemukakan. - Gambar hiasan
Padah buat seorang remaja berusia 19 tahun apabila dihukum penjara sembilan tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen hari ini kerana kesalahan merogol kekasih bawah umur.
Hukuman diputuskan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin selepas tertuduh, Muhammad Danial Abdullah mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dikemukakan.
Beliau turut memerintahkan hukuman berkuat kuasa dari tarikh hari ini.
Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun tiga bulan dalam bilik di alamat Kampung Alor Bakat, Bachok di sini pada jam 3 pagi, 30 Disember 2016.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias.
#Ahmad Bazli Bahruddin #hukum #penjara #remaja #rogol