MALAYSIA
Remaja terpengaruh ideologi ekstremis 'salad bar' ditahan bawah ISA di Singapura
Remaja tempatan itu merupakan penyokong tegar Daesh, dan pada masa sama turut menyerap fahaman anti-Yahudi daripada ideologi ekstremis sayap kanan. - Gambar hiasan
SINGAPURA: Seorang pelajar berusia 14 tahun dikenakan Perintah Sekatan (RO) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan ini, menjadikannya kes pertama di Singapura membabitkan radikalisasi kendiri berasaskan gabungan pelbagai ideologi ekstremis.
Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), remaja tempatan itu merupakan penyokong tegar Daesh, dan pada masa sama turut menyerap fahaman anti-Yahudi daripada ideologi ekstremis sayap kanan, selain mengenal pasti dirinya sebagai seorang incel.
Remaja itu dilaporkan berhubung secara dalam talian dengan beberapa individu ekstremis asing, termasuk seorang yang menawarkan bantuan merancang serangan di Singapura.
"Bagaimanapun, remaja itu tidak mengambil sebarang langkah lanjut untuk melaksanakan serangan di Singapura," menurut ISD dalam kenyataan.
Difahamkan, remaja berkenaan mula terdedah kepada ideologi ekstremis sekitar pertengahan 2024 selepas menemui personaliti ekstremis asing melalui cadangan algoritma dalam talian.
Sebagai sebahagian daripada program pemulihan holistik, dia akan menjalani sesi kaunseling agama, disertai pemulihan psikologi dan sosial.
"Kes remaja berusia 14 tahun ini mencerminkan trend global radikalisasi berasaskan ideologi 'salad bar', khususnya dalam kalangan belia," menurut ISD.
Dalam konteks ekstremisme ganas, ideologi 'salad bar' merujuk kepada fahaman yang diambil secara campur aduk mengikut kecenderungan individu daripada pelbagai ideologi ekstremis -- walaupun ada yang bercanggah atau tidak serasi antara satu sama lain -- berbanding menganut pegangan yang konsisten atau menyeluruh.
Mereka yang dikenakan RO tertakluk kepada beberapa syarat dan sekatan, antaranya tidak dibenarkan menukar tempat tinggal atau pekerjaan, atau meninggalkan Singapura tanpa kebenaran Pengarah ISD.
Tanpa kelulusan, individu berkenaan juga tidak boleh mengakses Internet atau media sosial, mengeluarkan kenyataan awam, berucap di perhimpunan, mencetak, mengedar atau menyumbang kepada mana-mana penerbitan, serta memegang jawatan atau menjadi ahli mana-mana organisasi, persatuan atau kumpulan.
-- BERNAMA