Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Reman dua anak, isteri pengamal perubatan dilanjut enam hari lagi

Bernama 12/08/2025 | 06:46 MYT
Reman terhadap dua beradik tiri bersama ibu mereka yang disyaki memiliki 35 kilogram ganja mampat serta sepucuk pistol bersama peluru serta kelonsong di Ketereh, disambung enam hari lagi. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Reman terhadap dua beradik tiri bersama ibu mereka yang disyaki memiliki 35 kilogram (kg) ganja mampat serta sepucuk pistol bersama peluru serta kelongsong di Kampung But, Ketereh di sini disambung enam hari lagi.


Ringkasan AI
  • Tiga ahli keluarga ditahan dua beradik tiri dan ibu mereka selepas polis merampas 35kg ganja mampat, sepucuk pistol Glock, 16 peluru serta empat kenderaan mewah dalam serbuan di Kampung But, Ketereh pada 5 Ogos 2025.
  • Kedua-dua suspek lelaki didapati positif dadah (methamphetamine dan ketamin), manakala ibu mereka negatif. Mereka dipercayai menggunakan rumah sebagai stor sebelum mengedar dadah melalui perkhidmatan kurier.
  • Reman disambung enam hari lagi sehingga 18 Ogos bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.


Perintah sambung reman yang bermula esok sehingga 18 Ogos depan itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri di Mahkamah Majistret di sini, bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek berusia antara 24, 34, dan 46 tahun yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di pekarangan mahkamah pada 8.45 pagi dengan menaiki trak polis.

Suspek ditahan dalam serbuan dilakukan pukul 4.30 pagi pada Selasa lepas.

Suspek lelaki berusia 24 dan 34 tahun bekerja sebagai pembantu di klinik milik bapa mereka, manakala wanita berusia 46 tahun itu, seorang suri rumah.

-- BERNAMA





#reman dua anak #pengamal perubatan #ganja mampat #Kota Bharu #terkini