awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
KPM, KPT ganding bahu jayakan mesyuarat pendidikan ASEAN
MALAYSIA
Energy Asia 2025: Peralihan tenaga global, sejajar ekonomi mapan
MALAYSIA
#EduRoundtables2025: Isu keciciran antara agenda utama ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Reman dua suspek Geng Mamak disambung enam hari - Polis

Bernama
Bernama
13/12/2014
10:34 MYT
Reman dua suspek Geng Mamak disambung enam hari - Polis
Tempoh reman dua suspek dipercayai anggota kumpulan samun 'Geng Mamak' yang sepatutnya tamat hari ini disambung enam hari lagi. -Gambar fail
Tempoh reman dua suspek dipercayai anggota kumpulan samun 'Geng Mamak' yang sepatutnya tamat hari ini disambung enam hari lagi, kata Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam.
Beliau berkata tahanan reman kedua-duanya dilanjutkan sehingga 19 Dis bagi membolehkan siasatan dilakukan dengan lebih mendalam.
Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merompak dengan bersenjata atau rompak serta mencuba menyebabkan kematian atau cedera parah, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Kedua-dua suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 50 tahun dan wanita berumur 33 tahun itu ditahan dalam satu serbuan polis di sebuah rumah di Jalan Kuala Kangsar di sini pada pukul 10.30 malam, 7 Dis lepas.
Polis menjumpai pelbagai peralatan untuk pecah rumah antaranya parang, kuku kambing, pemotong besi, topeng muka, spanar dan playar serta pelbagai nombor pendaftaran kenderaan dalam sebuah beg yang dirampas daripada suspek.
Topic Berkaitan
#Geng Mamak
#Paramasivam
#reman
#seksyen 397
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami