awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman Lans Koperal tembak isteri disambung

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/03/2023
05:10 MYT
Reman Lans Koperal tembak isteri disambung
Lokasi kejadian di mana suspek didakwa menembak mati isterinya Safsufarnisya Salleh, 26, pada 5 Mac lalu. -Gambar fail
KANGAR: Lans Koperal polis yang dipercayai menembak mati isterinya dalam kejadian di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, di sini, 5 Mac lalu, disambung reman lima hari lagi.
Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan terhadap suspek yang masih menjalani rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) oleh Majistret Mahkamah Kangar Siti Nor Hasliza Md Ali, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan sambungan reman ke atas anggota berusia 27 tahun itu.
"Polis masih menunggu hasil laporan bedah siasat mangsa daripada pakar Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
"Suspek pula masih menjalani pemeriksaan klinikal kesihatan dan psikiatri di hospital," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Dalam kejadian 5 Mac lalu, suspek yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis disyaki membunuh Safsufarnisya Salleh, 26, yang hamil lima bulan.
Suspek dipercayai melepaskan lima das tembakan pada jarak dekat dengan salah satu tembakan terkena bahagian mata kiri mangsa mengakibatkan wanita itu maut di tempat kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#tembak isteri
#polis tembak isteri
#Safsufarnisya Salleh
#Lans Koperal polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan