KUALA SELANGOR: Reman seorang lelaki disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar disambung lima hari sehingga Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, kebenaran lanjutan reman terhadap suspek berusia 20 tahun dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada Isnin.
Menurut beliau, tempoh reman berakhir Isnin itu disambung kerana masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Kita akan merujuk kertas siasatan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan pendakwaan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Suspek yang berpakaian lokap ungu itu hadir ke mahkamah dengan dikawal ketat anggota polis, kira-kira jam 8.10 pagi.
Sementara itu, Agus Salim dalam kenyataannya meminta orang ramai tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan tidak sahih di media sosial mengenai kes berkenaan.
Beliau menegaskan, tindakan menyebarkan spekulasi itu hanya akan mengganggu siasatan polis yang sedang dijalankan ketika ini.
"Polis tidak teragak-agak membuka kertas siasatan ke atas individu itu mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," tegasnya.
Media pada Ahad melaporkan, polis akan membuat permohonan lanjutan reman pada Isnin terhadap suspek kes berkenaan.
Khamis lalu, polis mengesahkan telah mengambil keterangan 10 individu bagi membantu siasatan kes terbabit.
Mangsa yang berusia 21 tahun sebelum ini dilaporkan dibunuh pada 22 Mei lalu dipercayai kerana teman lelakinya yang mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit bersama mangsa.
Mayat mangsa kemudiannya ditemui keesokan harinya selepas polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 8.15 pagi.
Polis menahan suspek berusia 20 tahun pada hari yang sama di sekitar Sungai Besar, Sabak Bernam. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 29 2023
Suspek berbaju lokap dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor untuk mendapatkan lanjutan reman pada Isnin. - Foto Sinar Harian
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Dera anak: Reman bapa kandung, ibu tiri disambung tujuh hari
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, permohonan sambung reman terhadap pasangan suami isteri berumur 27 dan 31 tahun itu dibuat selepas tempoh reman tu
Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung
Tempoh reman berakhir Isnin itu disambung kerana masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Reman suami isteri kes letupan di Pandan Indah disambung 7 hari lagi
Tempoh reman ke atas pasangan suami isteri yang ditahan berhubung kejadian letupan melibatkan seorang tukang masak maut di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah dilanjutkan tujuh hari lagi.
Reman setiausaha politik menteri disambung
Tempoh reman enam hari Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Peter Runin, bagi membantu siasatan berhubung isu penyelewengan dana bernilai RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada