MALAYSIA
Reman pasangan suami isteri edar ganja di Kuala Krai disambung, polis siasat kaitan sindiket lain
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika sidang media selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Perintah reman terhadap pasangan suami isteri yang ditahan di Kuala Krai kerana disyaki mendalangi kegiatan pengedaran dadah jenis ganja bernilai RM3.1 juta, disambung tujuh hari lagi hingga Isnin depan.
Ringkasan AI
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kedua-dua suspek berusia 31 dan 49 tahun itu, kini disiasat secara terperinci bagi membantu siasatan lanjut kes tersebut.
Beliau berkata bagi kes melibatkan peniaga ayam proses dan pemandu e-hailing, pertuduhan akan dibuat pada 21 Julai ini.
"Setakat ini, tiada tangkapan lain dilakukan dan siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti sama ada suami isteri ini mempunyai kaitan dengan sindiket lain," katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Pada Ahad lepas, Bernama melaporkan polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang menggunakan peket kacang gajus selepas menahan pasangan suami isteri warga tempatan dan merampas dadah dianggarkan bernilai RM3.1 juta pada 11 Julai.
Kedua-dua suspek itu ditahan kira-kira 4 petang di Jalan Padang Sembilan, Kuala Krai selepas polis mengesan kenderaan jenis Proton X70 yang dinaiki mereka berada dalam keadaan mencurigakan.
Sementara itu, Mohd Yusoff berkata indeks jenayah di Kelantan bagi suku pertama 2025 mencatatkan penurunan sebanyak 162 kes atau 14.3 peratus, dengan 967 kes dilaporkan berbanding 1,129 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Bagaimanapun, beliau berkata bagi jenayah kekerasan berlaku peningkatan kes rogol sebanyak 19 kes atau 26.8 peratus; samun bersenjata api meningkat empat kes (400 peratus); dan kes cedera meningkat 16 kes (18.8 peratus).
"Ini menunjukkan keperluan mendesak untuk memperkukuh pemantauan, pendidikan komuniti serta pemerkasaan penguatkuasaan di kawasan panas," katanya.
Mengulas statistik kemalangan jalan raya, beliau berkata 7,055 kes dicatatkan bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, iaitu penurunan 123 kes atau dua peratus berbanding 7,178 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Kes kemalangan maut juga turun kepada 132 kes berbanding 169 kes pada tahun sebelumnya, iaitu penurunan 19 peratus.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pasangan suami isteri disyaki edar dadah RM3.1 juta direman tujuh hari lagi, dengan pertuduhan dijadualkan 21 Julai dan siasatan diteruskan untuk kaitan dengan sindiket lain.
- Indeks jenayah Kelantan turun 14.3% pada suku pertama 2025, tetapi jenayah kekerasan seperti rogol dan samun bersenjata meningkat, menunjukkan keperluan pemantauan lebih ketat.
- Kemalangan jalan raya juga mencatat penurunan dua peratus, manakala kemalangan maut turun 19 peratus, mencerminkan impak positif langkah keselamatan sedia ada.