MALAYSIA
Reman peguam disyaki bersubahat seludup dadah di penjara dilanjut empat hari
Reman terhadap seorang peguam lelaki yang dipercayai bersubahat dengan banduan dalam kes penyeludupan dadah di Penjara Marang disambung selama empat hari. - Gambar/ Bernama
KUALA BERANG: Reman terhadap peguam lelaki yang dipercayai bersubahat dengan seorang banduan dalam kes penyeludupan dadah di Penjara Marang disambung empat hari lagi.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Perintah sambung reman yang bermula hari ini hingga Rabu depan itu dikeluarkan Majistret Nur Athirah Hashim di Mahkamah Majistret Kuala Berang, bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Terdahulu, suspek berusia 32 tahun itu tiba di mahkamah pada 9.45 pagi diiringi polis.
Suspek ditahan di Jalan Hiliran di Pulau Kambing, dekat Kuala Terengganu, kira-kira 10.45 pagi, 29 Dis lepas.
Suspek yang juga peguam kepada banduan terbabit dipercayai bersubahat menyeludup dadah jenis pil kuda, ganja dan Erimin 5 bernilai RM16,000 ke Penjara Marang selepas selesai perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, pada 23 Dis lepas.
Susulan itu, polis turut mengesan seorang suri rumah Nurul Norasikin Aladin, 30, berasal dari Kampung Batin, Seberang Takir dekat Kuala Nerus untuk membantu siasatan kes berkenaan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Reman peguam lelaki yang disyaki bersubahat dengan banduan dalam kes penyeludupan dadah di Penjara Marang dilanjutkan empat hari lagi oleh Mahkamah Majistret Kuala Berang.
- Peguam berusia 32 tahun itu ditahan di Pulau Kambing, Kuala Terengganu, susulan kes penyeludupan dadah jenis pil kuda, ganja, dan Erimin 5 bernilai RM16,000 ke Penjara Marang.
- Polis juga mencari seorang suri rumah, Nurul Norasikin Aladin, untuk membantu siasatan kes yang berlaku.
Perintah sambung reman yang bermula hari ini hingga Rabu depan itu dikeluarkan Majistret Nur Athirah Hashim di Mahkamah Majistret Kuala Berang, bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Terdahulu, suspek berusia 32 tahun itu tiba di mahkamah pada 9.45 pagi diiringi polis.
Suspek ditahan di Jalan Hiliran di Pulau Kambing, dekat Kuala Terengganu, kira-kira 10.45 pagi, 29 Dis lepas.
Suspek yang juga peguam kepada banduan terbabit dipercayai bersubahat menyeludup dadah jenis pil kuda, ganja dan Erimin 5 bernilai RM16,000 ke Penjara Marang selepas selesai perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, pada 23 Dis lepas.
Susulan itu, polis turut mengesan seorang suri rumah Nurul Norasikin Aladin, 30, berasal dari Kampung Batin, Seberang Takir dekat Kuala Nerus untuk membantu siasatan kes berkenaan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah tempoh sambung reman yang diberikan kepada peguam lelaki yang dipercayai bersubahat dalam kes penyeludupan dadah di Penjara Marang?
A: Tempoh sambung reman diberikan selama empat hari hingga Rabu depan. - Q: Apakah dadah yang dipercayai diseludup oleh peguam terbabit ke Penjara Marang?
A: Dadah yang dipercayai diseludup termasuk pil kuda, ganja, dan Erimin 5 bernilai RM16,000. - Q: Siapakah individu lain yang polis cari untuk membantu siasatan kes berkenaan?
A: Polis turut mengesan seorang suri rumah bernama Nurul Norasikin Aladin, 30, dari Kampung Batin, Seberang Takir, untuk membantu siasatan kes tersebut.