awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman pengasas syarikat penerbangan dilanjut

Bernama
Bernama
21/10/2023
06:25 MYT
Reman pengasas syarikat penerbangan dilanjut
Pada Selasa lepas, media melaporkan polis telah menahan ahli perniagaan berusia 57 tahun itu bersama isteri dan anaknya di rumah mereka di Shah Alam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Reman seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar 'Datuk' yang ditahan pada 17 Okt lepas dilanjutkan hingga esok.
Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata isteri dan anak lelaki ahli perniagaan itu dibebaskan.
Beliau berkata beberapa individu yang terdiri daripada rakan perniagaan dan pelabur akan dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
"Mereka dinasihatkan untuk tampil dan membantu siasatan. Adalah lebih baik jika memberi kerjasama kepada pihak polis untuk mengelakkan sebarang kesulitan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sementara itu, Ramli berkata sejak siasatan bermula, pihaknya telah membekukan lebih 15 akaun bank milik individu terbabit berjumlah hampir RM5 juta.
Pada Selasa lepas, Bernama melaporkan polis telah menahan ahli perniagaan berusia 57 tahun itu bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, di rumah mereka di Shah Alam, Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#syarikat penerbangan
#Datuk
#ditahan reman
#siasatan polis
#AMLA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan