awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman SPRM ke atas pengarah tidak ada kaitan dengan syarikat BDB

Bernama
Bernama
21/07/2023
12:33 MYT
Reman SPRM ke atas pengarah tidak ada kaitan dengan syarikat BDB
Dilaporkan bahawa SPRM sedang menyiasat MBI Kedah atas dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam perlombongan nadir bumi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Syarikat pegangan pelaburan kerajaan Kedah, Bina Darulaman Bhd (BDB) menjelaskan bahawa reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutifnya, Muhamad Sobri Osman tidak ada kaitan dengan syarikat itu.
BDB berkata Muhamad Sobri, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah), direman pada 19 Julai bagi membantu siasatan SPRM dan telah dibebaskan, 21 Julai.
"Siasatan tidak berkaitan dengan BDB dan tidak menjejaskan operasi Kumpulan BDB.
"Syarikat itu memantau dengan teliti perkara tersebut serta akan membuat pengumuman lanjut, termasuk mengambil sebarang tindakan yang patut seperti yang diperlukan di bawah Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama dan undang-undang yang terpakai," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Dilaporkan bahawa SPRM sedang menyiasat MBI Kedah atas dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam perlombongan nadir bumi.
Perniagaan teras BDB ialah kejuruteraan, pembinaan serta kuari; pembangunan hartanah termasuk riadah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#reman
#pengarah
#bdb
#BINA DARUL AMAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan