awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman suspek kerat lapan disambung

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
18/10/2019
04:22 MYT
Reman suspek kerat lapan disambung
Reman suspek dilanjutkan selama tujuh hari lagi. -Astro AWANI/Shuhada Abdul Kadir
Penahanan reman terhadap suspek utama warga Singapura yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan kejam isteri dan anaknya di Kampung Ladang, Krubong, minggu lalu, disambung tujuh hari lagi.
Perintah reman hingga 25 Oktober ini dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd Anuar Ostadi.
Suspek sebelum ini direman sejak 12 Oktober lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap ungu dibawa ke pekarangan Kompleks Mahkamah Melaka sekitar jam 9 pagi sebelum dibawa keluar sejam setengah kemudian.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Melaka, Datuk Shahrul Laili Masduki mengesahkan lanjutan reman terhadap suspek.
Khamis minggu lalu, Astro AWANI melaporkan polis menemui lapan bahagian anggota badan manusia dipercayai milik lebih seorang individu yang dibuang ke dalam semak di Kampung Ladang, Krubong.
Kemudian pada Sabtu, suspek warga Singapura yang ada hubungan dengan kedua-dua mangsa yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan kejam itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dua kepala dipercayai milik dua beranak itu turut ditemui di siling sebuah rumah di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam yang dipercayai menjadi lokasi pembunuhan dua beranak itu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim dalam kenyataan sebelum ini turut berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan anggota-anggota badan yang ditemukan itu milik seorang wanita berusia 27 tahun dan anak lelakinya 11 tahun seperti ditularkan.
Difahamkan, proses pengecaman telah dibuat oleh ahli keluarga sejak Sabtu lalu selain sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) juga telah diambil bagi pengesahan identiti.
Topic Berkaitan
#Mohd Anuar Ostadi
#pembunuhan kejam
#reman disambung
#reman tujuh hari
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#Shahrul Laili Masduki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan