awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
Genggam PhD dari tirai besi: Malik bangkit tebus maruah diri
Sebanyak 618 kemudahan kesihatan berisiko ditutup di Somalia - WHO

'Rembat' motosikal kawan demi dadah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/02/2018
05:14 MYT
'Rembat' motosikal kawan demi dadah
Ketika disiasat polis, lelaki itu mendakwa datang ke kawasan itu bersama rakannya dengan menunggang motosikal lain. - Astro AWANI
Mulanya pinjam, tetapi lama-kelamaan motosikal kawan dicurinya demi dadah.
Individu berkenaan merupakan antara 20 penagih yang ditahan lewat petang semalam di kebun kelapa sawit, di Kampung Paya Kerchut dekat Pendang, Kedah, ketika sedang khayal menghisap dadah.
Pelbagai alasan diberi apabila rakannya memintanya memulangkan kembali motosikal.
Namun selepas diperiksa, motosikal yang 'dipinjam' itu sebenarnya dilaporkan hilang di Alor Setar awal tahun lalu.
Ketika disiasat polis, lelaki itu mendakwa datang ke kawasan itu bersama rakannya dengan menunggang motosikal lain.
Tetapi sebaik menyedari kehadiran polis, dia terus membonceng motosikal yang ada di kawasan itu sebelum terbabas.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Fadzil Hashim memaklumkan, dalam 'Ops Sarang' itu seramai 20 penagih berusia 19 hingga 56 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan menagih dadah.
Mereka di hantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang untuk siasatan lanjut manakala sebahagian lain diserahkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut.
Ujar Fadzil, suspek yang ditahan bersama motosikal itu disiasat mengikut seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana disyaki mencuri motosikal dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.
Selebihnya disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.
Seramai 20 penagih berusia 19 hingga 56 tahun ditahan kerana disyaki terbabit menagih dadah dalam 'Ops Sarang' petang semalam. - Astro AWANI
Seramai 20 penagih berusia 19 hingga 56 tahun ditahan kerana disyaki terbabit menagih dadah dalam 'Ops Sarang' petang semalam. - Astro AWANI
'Ops Sarang' itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Pendang bersama pejabat AADK daerah, Balai Polis Pendang dan Balai Polis Bukit Jenun.
Operasi dijalankan kerana kawasan itu dipercayai menjadi sarang penagihan dadah sejak sebulan lalu.
Topic Berkaitan
#curi motosikal
#Dadah
#Ops Sarang
#Pendang Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.