Rempah Faiza dan MamaTok: 'Jalan pintas' masak seperti air tangan ibu, produk rempah tanpa bahan tiruan

Najwa Abu Bakar berkata kekuatan Rempah Faiza terletak pada keaslian rasa dan jaminan kualiti dalam masakan tanpa memerlukan bahan tiruan. Sumber foto Faiza Sdn Bhd
SEPANG: Faiza Marketing Sdn Bhd memperkenalkan produk rempah ratus baharu, Mama-Tok yang menampilkan sentuhan moden sambil mengekalkan cita rasa tradisi, ternyata proses memasak cukup mudah.
Ringkasan AI
- Faiza Sdn Bhd memperkenalkan produk rempah ratus baru, MamaTok, yang menawarkan sentuhan moden sambil mengekalkan cita rasa tradisi, dengan proses memasak yang mudah.
- Produk MamaTok diformulakan dengan rempah asas seperti ketumbar, jintan putih, dan jintan manis untuk masakan seperti gulai kawah, kurzi, dalca, dan ayam goreng, memberikan 'rasa air tangan mak' yang nostalgik.
- Sasaran produk MamaTok ialah golongan muda dan keluarga bandar yang gemar memasak di rumah, menawarkan pilihan praktikal dan moden tanpa mengabaikan keaslian rasa, serta Faiza yakin warisan dan kepercayaan pengguna akan terus memperkukuhkan jenama itu ke peringkat global.
"Ia diformulakan untuk masakan seperti gulai kawah, kuzi, dalca dan ayam goreng berempah.
"Ia membawa sentuhan ‘rasa air tangan mak’, seperti masakan rumah yang penuh nostalgia," ujar Najwa ketika ditemui Astro AWANI di Kilang Faiza Marketing, Bandar Enstek, di sini pada Khamis.
Tambah Najwa, semua produk Rempah Faiza dan Mama-Tok dibangunkan dengan pembungkusan yang teliti, kualiti tinggi dan lebih mudah digunakan oleh pengguna.
Semua rangkaian produk Rempah Faiza dan Mama-Tok dibangunkan dengan pemprosesan dan pembungkusan lengkap bersama alat pengesan logam, ia memastikan keselamatan untuk pengguna.
Rempah Faiza dan Mama-Tok menggabungkan ramuan lebih daripada 10 jenis rempah di dalam satu bungkusan yang diproses untuk mengekalkan aroma serta rasa asli, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk memasak.
“Sasaran produk rempah Faiza dan Mam-Tok merupakan peniaga makanan, golongan muda dan keluarga yang gemar memasak di rumah, mereka akan menikmati simbol keaslian rasa rakyat Malaysia.
"Sekiranya pelanggan mahukan sesuatu yang praktikal, tetapi hendak mengekalkan cita rasa asli, produk Rempah Faiza dan MamaTok adalah pilihan tepat," kata Najwa.
Walaupun pasaran rempah semakin kompetitif, Rempah Faiza dan Mama-Tok yakin kekuatan warisan dan kepercayaan pengguna terus menjadi aset utama jenama tersebut.
"Sepuluh tahun akan datang, InsyaAllah, Rempah Faiza bukan sekadar jenama tempatan, tetapi jenama global yang membawa identiti masakan Malaysia ke luar negara.
"Rempah Faiza, Satu Jenama, Seribu Rasa", tambahnya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah keistimewaan utama produk rempah MamaTok yang diperkenalkan oleh Syarikat Faiza Sdn Bhd? A: Produk MamaTok menampilkan sentuhan moden namun mengekalkan cita rasa tradisi dengan proses memasak yang mudah serta tanpa menggunakan bahan tiruan.
- Q: Apakah jenis masakan yang sesuai menggunakan rempah MamaTok menurut keterangan Pengarah Urusan Faiza Marketing Sdn Bhd, Najwa Abu Bakar? A: MamaTok diformulakan untuk masakan seperti gulai kawah, kurzi, dalca, dan ayam goreng dengan rempah asas seperti ketumbar, jintan putih, dan jintan manis untuk mengekalkan aroma serta rasa asli.
- Q: Siapakah sasaran utama produk MamaTok menurut keterangan Najwa Abu Bakar? A: Sasaran utama produk MamaTok adalah golongan muda dan keluarga bandar yang gemar memasak di rumah, serta mereka yang menghargai keaslian rasa rakyat Malaysia dalam masakan.
- Q: Bagaimanakah Faiza Marketing Sdn Bhd merancang pembungkusan produk MamaTok? A: MamaTok dibangunkan dengan pembungkusan moden agar lebih mudah digunakan oleh pengguna masa kini, menyediakan lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang mahukan sesuatu yang praktikal dan moden tetapi mengekalkan cita rasa asli.
- Q: Apakah visi jangka masa depan Rempah Faiza seperti yang diutarakan oleh Faiza? A: Faiza yakin Rempah Faiza akan menjadi jenama global yang membawa identiti masakan Malaysia ke persada antarabangsa dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

