GEORGE TOWN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 66 notis saman kepada lima bengkel yang dipercayai mengubah suai motosikal secara haram di sekitar daerah Timur Laut dan Barat Daya dalam usaha membanteras kegiatan lumba haram di negeri ini.
Pengarahnya Adenan Md Isa berkata menerusi Ops Bengkel itu, pihaknya telah memeriksa lima bengkel dan mendapati 24 motosikal yang terdapat di situ melakukan pelbagai kesalahan berkaitan mengubah suai tanpa kebenaran.
"Dalam pemeriksaan di lima buah bengkel itu, sebanyak 66 notis saman dikeluarkan melibatkan 30 kesalahan iaitu memasang tayar sotong, mengubah ekzos, memasang alat mengawal kelajuan, mengubah sistem enjin, mengubah lengan ayun dan lain-lain," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi itu di sebuah bengkel motosikal di Jalan Gudwara, di sini hari ini.
Operasi selama dua jam bermula 1 tengah hari itu, disertai 120 pegawai dan anggota JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Adenan berkata notis saman dikeluarkan mengikut Seksyen 6 dan Sekyen 59 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pengusaha bengkel serta pemilik motosikal diarahkan untuk membetulkan semua motosikal yang telah diubah suai kepada standard.
Katanya dalam operasi itu juga, pihaknya menasihatkan pemilik bengkel agar menghentikan proses ubah suai motosikal secara haram bagi memastikan kegiatan lumba haram atau merempit tidak dilakukan oleh geng mat rempit.
"Pemeriksaan kami mendapati antara proses ubah suai yang sering dilakukan mereka ialah melibatkan pemotongan brek motosikal bagi meningkatkan kelajuan enjin kerana apabila motosikal ditanggalkan brek, geseran tidak berlaku pada tayar dan ia membolehkan enjin mempunyai kuasa memecut yang lebih laju," katanya.
Beliau berkata bengkel motosikal di Jalan Gudwara sering menjadi tumpuan mat rempit untuk mengubah suai motosikal secara haram dan ia pernah diserbu tahun lepas malah dikenakan saman kerana kesalahan sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023

Anggota JPJ melakukan pemeriksaan motosikal ketika menjalankan Ops Bengkel di sebuah bengkel motosikal di Pulau Pinang hari ini. - Gambar/ Bernama
Kesemua 41 mangsa runtuhan terowong di India berjaya diselamatkan
Menurut Ketua Menteri Uttarakhand Pushkar Singh Dhami, kesemua mangsa berada dalam keadaan sihat bagaimanapun perlu mendapat rawatan dan pemantauan daripada pihak hospital.
Ais cair mendadak di Antartika, penyelidik 'panik'
Kehilangan mendadak ais laut di Antartika telah membimbangkan para penyelidik. Ahli biologi marin menjangkakan bahawa Antartika boleh hilang ais sepenuhnya, dan ia bakal disaksikan oleh generasi yang akan datang.

KBS akan tambah baik Program Podium - Timbalan Menteri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menambah baik Program Podium Sukan Elit (Program Podium) bagi meningkatkan kualiti dan prestasi atlet negara.
![[LAPOR LANGSUNG] Hospital Al-Shifa di Gaza dibuka kembali [LAPOR LANGSUNG] Hospital Al-Shifa di Gaza dibuka kembali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699841768_AlShifahospital.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Hospital Al-Shifa di Gaza dibuka kembali
Kementerian Kesihatan di Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk.

PRK Kemaman: Saya bukti hidup DAP bukan parti rasis, anti-Islam - Rara
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, beliau adalah bukti hidup DAP bukanlah sebuah parti rasis dan anti-Islam, seperti didakwa pembangkang.

Nas-T terpilih terajui Keluang Man
Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kemampuannya menterjemah penjiwaan seperti yang dikehendaki watak berkenaan.

Perodua sasar 20 peratus jualan EV menjelang 2030
Perodua menyasar kenderaan elektrik (EV) dan hibrid jenamanya menyumbang sehingga 20 peratus daripada jualan keseluruhan kereta baharu menjelang 2030.

Monaco sedia jalin lebih banyak kerjasama dengan Malaysia
Monaco bersedia untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam lebih banyak bidang yang boleh memanfaatkan kedua-dua negara pada masa akan datang.

GPS, Abang Johari main peranan penting pastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan - Anwar
Anwar berkata sokongan itu membolehkan beliau mengemudi Malaysia ke arah memperkasa ekonomi dan melakar kemajuan masa depan negara.

Tiada persefahaman, curang antara punca utama penceraian di Malaysia - LPPKN
Tiada persefahaman, pasangan curang dan campur tangan mentua antara punca utama berlaku penceraian dalam kalangan pasangan berusia antara 35 hingga 39 tahun di negara ini.

Rempit: JPJ saman bengkel potong brek untuk tingkat kelajuan
JPJ Pulau Pinang mengeluarkan 66 notis saman kepada lima bengkel yang dipercayai mengubah suai motosikal secara haram di sekitar daerah Timur Laut dan Barat Daya.

Enam hari operasi, lebih 10,000 saman dikeluarkan
Paling mengejutkan, sejumlah 4,010 saman adalah kesalahan tidak memiliki lesen penuh atau CDL.