Skip to main content

Malaysia

Renaissance KL, Four Points by Sheraton KL tampil dua koleksi kuih bulan unik

Every full moon tells a story. This year, Renaissance Kuala Lumpur unveils its first mooncake collection debut in collaboration with J&KEL Jade & Jewel, showcasing an exquisite limited-edition curation of heritage and refinement._FB Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre
Koleksi ini terdiri daripada empat rekaan kuih bulan yang menggunakan bahan premium yang disahkan halal, iaitu White Lotus Single Yolk, Pure Lotus Single Yolk, Red Bean with Almond Flakes dan Black Sesame Lotus. - Foto Facebook/Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre
Advertisement

KUALA LUMPUR: Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre dan Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, City Centre meraikan Festival Pertengahan Musim Luruh dengan dua koleksi kuih bulan yang menawarkan pendekatan tersendiri sebagai pemberian hadiah perayaan, yang menggabungkan cita rasa tradisional dengan reka bentuk, hasil seni dan fungsi yang boleh diguna semula.

Pengurus Besar Pelbagai Hartanah bagi Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre dan Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, City Centre Martin Ehlers berkata sambutan tahun ini ialah inisiatif unik oleh kedua-dua hotel berkenaan, bertujuan menawarkan pengalaman berbeza kepada tetamu.

Beliau berkata inisiatif itu juga memberikan peluang untuk menampilkan warisan Malaysia melalui pendekatan kontemporari, dengan elemen seni dan hasil pertukangan yang diterapkan dalam tawaran bersempena dengan perayaan berkenaan.

"Hal ini benar-benar tentang membawa kisah bahawa kita mempunyai warisan Malaysia di sini, di bangunan ini yang sangat istimewa dan disertakan dengan banyak unsur seni, hasil kemahiran serta reka bentuk untuk semua," katanya pada Mid-Autumn Soiree hotel berkenaan di sini, pada Selasa.

Koleksi kuih bulan pertama Renaissance Kuala Lumpur, Mid-Autumn Opulence, dihasilkan dengan kerjasama syarikat reka bentuk dan fesyen yang memenangi anugerah, J&Kel Jade & Jewel, dan terdiri daripada empat kuih bulan yang dibakar secara tradisional yang disertakan dengan set barang kemas edisi terhad.

Set barang kemas itu menampilkan rantai mutiara loket bulan penuh dan sepasang anting-anting perak eksklusif yang dipersembahkan di dalam kotak hadiah berlaci yang berinspirasikan keindahan batu opal, dengan koleksi terhad kepada 20 set dan dijual dengan harga RM1,368 bersih setiap satu.

Koleksi ini terdiri daripada empat rekaan kuih bulan yang menggunakan bahan premium yang disahkan halal, iaitu White Lotus Single Yolk, Pure Lotus Single Yolk, Red Bean with Almond Flakes dan Black Sesame Lotus.

Sementara itu, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, City Centre menerusi Sichuan Kitchen menawarkan koleksi Lunar Reverie Mooncake yang mengetengahkan dua set menggabungkan cita rasa tradisional dengan pembungkusan yang boleh diguna semula.

Lunar Reverie terdiri daripada The Artisan Collection berharga RM128 bersih bagi dua kuih bulan yang dibakar secara tradisional, disediakan di dalam beg simpulan fabrik boleh guna semula dan The Signature Collection dengan harga RM198 bersih untuk empat kuih bulan yang ditempatkan di dalam kotak kayu kenang-kenangan yang boleh diguna semula.

The Artisan Collection menawarkan enam pilihan perisa, iaitu White Lotus Single Yolk, Pure Lotus Single Yolk, Red Bean with Almond Flakes, Black Sesame Lotus, Green Tea Lotus dan Chocolate Lotus, manakala The Signature Collection menampilkan White Lotus Single Yolk, Pure Lotus Single Yolk, Red Bean with Almond Flakes dan Black Sesame Lotus.

Kedua-dua koleksi menawarkan diskaun 20 peratus bagi tempahan yang dibuat sebelum 15 Ogos, dengan Mid-Autumn Opulence boleh didapati bermula dari 1 Sept di J&Kel The Salon, Aras 1 Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement