DREBAR

Renault berpeluang kembali ke F1 sebagai ‘works team’

Astro Publication 28/09/2015 | 09:55 MYT

Seperti yang telah disangka oleh ramai pemerhati sukan ini, Renault telah mengesahkan bahawa mereka akan membeli sebahagian besar kepentingan pasukan Lotus F1 Team Ltd yang sekarang dimiliki Gravity Motorsports (anak syarikat Genii Capital).

Dipercayai bahawa Renault akan memiliki 70% pasukan tersebut dan kembali menjadi ‘works team’ tersendiri bermula musim 2016 sepertimana sekitar sepuluh tahun dahulu.

Rancangan syarikat yang sekadar menjadi pembekal enjin kepada beberapa pasukan kurang menjadi semenjak unit kuasa bagi F1 diubah kepada V6 1.6 liter dengan sistem hibrid. Semenjak ia digunakan bermula 2014, prestasi pelanggan utama mereka iaitu Reb Bull Racing merudum dan ia tidak disenangi oleh pasukan tersebut.

Setelah beberapa kali dikritik dengan keras dan secara terbuka oleh Red Bull, tidak hairan jika Renault merasakan bahawa kerjasama ini tidak lagi membawa kesan positif yang diinginkan.

Dalam masa waktu terdekat ini, Renault dan Gravity akan berusaha untuk menjadikan hasrat ini satu kenyataan setelah segala terma dan syarat telah ditentukan oleh semua pihak yang terlibat.
# # Lotus F1 #Renault