MALAYSIA
Rentas negeri? Keputusan di tangan KKM, kata Ismail Sabri
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebarang keputusan untuk merentas negeri hanya akan dibuat selepas pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. - Gambar hiasan BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada membenarkan rentas negeri atau sebaliknya selepas kes COVID-19 turun kepada dua angka, hanya akan diputuskan selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, KKM akan membentangkan cadangan itu kepada Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan.
"Setiap keputusan dibuat atas nasihat KKM berdasarkan penilaian risiko. Kalau kes turun kepada dua angka, pastinya KKM akan menasihatkan Jawatankuasa Teknikal PKP dan MKN," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Selasa.
Ismail Sabri menjelaskan, sebarang keputusan yang dicapai juga hanya akan dibuat selepas pembentangan oleh KKM.
"Kita tunggu dan doakan kes turun kepada dua angka," kata Ismail Sabri lagi.
BACA: PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang tidak dilanjutkan, diganti PKPB

#Kementerian Kesihatan
#Kementerian Pertahanan
#ismail sabri yaakob
#PKPB
#PKPP
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#rentas negeri