KUALA LUMPUR: Memandangkan perjalanan rentas negeri dibenarkan bermula esok, orang ramai digesa agar tidak leka dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dalam ciapan di Twitter beliau baru-baru ini berkata perkara paling utama dalam usaha menentang COVID-19 bermula dengan seseorang individu itu sendiri.
"Terus patuhi semua langkah pencegahan #TRIIS (Uji, Lapor, Asing, Maklum dan Dapatkan) dan SOP sedia ada. Menerusi #ReopeningSafely, marilah kita terus berwaspada," katanya.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba pula menasihati orang ramai agar tidak cepat berpuas hati dan terus mematuhi SOP.
"Syukur Alhamdulillah dan tahniah Keluarga Malaysia kerana 90 peratus populasi dewasa telah lengkap vaksinasi dan boleh rentas negeri mulai esok. Dalam masa yang sama, kita jangan sesekali berpuas hati dan patuhilah SOP setiap kali. Kita jaga kita!," katanya menerusi ciapan di akaun twitter rasmi beliau.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menerusi ciapan di twitter, turut mengucapkan tahniah kepada Keluarga Malaysia serta petugas barisan hadapan atas berita gembira itu.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong pula berkata susulan kadar vaksinasi yang sudah mencapai 90 peratus dan sepertimana janji kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kebenaran bagi rentas negeri mulai esok.
"Selain itu, permohonan MyTravelPass bagi perjalanan ke luar negara juga kini tidak lagi diperlukan. Namun pengembara tetap perlu menjalani kuarantin wajib sejurus pulang dari luar negara.
"Apa-Apapun, kita semua perlu berganding bahu dan tidak sesekali leka. Sentiasa patuh SOP dan bersama jaga kesihatan serta keselamatan diri," menurutnya dalam catatan di Facebook.
Bagi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin, kebenaran rentas negeri yang diumumkan kerajaan tidak bermakna pilihan raya negeri (PRN) akan diadakan sebaliknya perlu menunggu keputusan Yang di-Pertuan Agong.
"Berkenaan sama ada PRN Melaka akan diadakan atau tidak, kita tunggu keputusan Agong. Biar Baginda yang membuat keputusan sama ada ia akan diadakan atau tidak, Kabinet akan akur.
"Kebenaran rentas negeri tidak bermakna PRN akan diadakan di Melaka kerana ia bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah keselamatan dan kesihatan," katanya dalam sidang media selepas melawat Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor hari ini.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula menasihati rakyat agar mematuhi saranan kerajaan iaitu sentiasa menjaga SOP dan melakukan ujian saringan COVID-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan.
"Bagi mereka yang bergejala, seeloknya tangguhkan dahulu sehingga anda benar-benar sembuh daripada sebarang simptom. Pastikan kita bebas jangkitan. Kita telah berkorban begitu lama maka tidak rugi bersabar untuk seketika lagi sebelum kita benar-benar selamat untuk ayah, ibu, suami, isteri, adik-beradik dan rakan taulan di kampung.
"Marilah kita bersikap bertanggungjawab dalam perkara penting ini. Jangan kerana keseronokan yang singkat, tetapi penyesalannya tidak berkesudahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 10 2021
Memandangkan perjalanan rentas negeri dibenarkan bermula esok, orang ramai digesa agar tidak leka dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP). - Gambar fail/BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Musim raja buah! Penggemar durian 'serbu' Balik Pulau
'Dendam' dua tahun tidak dapat merentas negeri, pesta durian kali ini bertambah meriah dengan kunjungan penggemarnya.
Berhimpun dalam ruang sempit yang jadi masalah, bukan rentas negeri - Dr Noor Hisham
KKM guna kaedah serampang dua mata iaitu pemberian vaksin dan dos penggalak kepada golongan tertentu dan kepatuhan terhadap SOP.
"Kalau boleh elak dulu naik Cameron Highlands, sesak teruk," kata netizen
Ada pengguna, mendakwa dirinya pekerja kesihatan, memaklumkan ramai orang yang baru balik bercuti dari kawasan itu membawa kit ujian yang tertera keputusan positif.
Masyarakat India di Gua Musang giat buat persiapan sambut Deepavali
Biarpun menyambutnya secara sederhana, pesta cahaya diraikan dalam suasana penuh kekeluargaan mengikut norma baharu.
Menyelami keindahan semula jadi Pulau Tuba
Siapa sangka tidak jauh dari Pulau Langkawi iaitu sekitar 5 kilometer dari Jeti Pelancongan Pekan Rabu, terdapat sebuah pulau yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan dan dianugerahi dengan pelba
Rentas negeri: pastikan anak kecil dilindungi daripada COVID-19 - Pakar
Dalam keghairahan menikmati kelonggaran itu, perlu diingat bahawa ancaman COVID-19 belum berakhir.
27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.
Kadar penginapan hotel di Johor Bahru, Muar meningkat hingga 80 peratus
Keadaan sama turut berlaku di Desaru Coast dekat Kota Tinggi yang kadar penginapannya mencecah 65 peratus.
Rentas negeri: 1.4 juta kenderaan setiap hari di PLUS sejak Jumaat
Sejak rentas negeri dibenarkan bermula 11 Oktober, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung dan melancong bersama keluarga.
Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000
Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap.