Saga di Sweden bermula apabila pihak berkuasa Sweden menahan pegawai Tourism Malaysia di Stockholm, Azizul Raheem Awaluddin dan isterinya, Shalwati Nor Shal pada 18 Disember tahun lalu atas dakwaan memukul salah seorang anak mereka yang dikatakan meninggalkan solat.
Kedua-dua mereka didapati bersalah dengan dakwaan yang dikenakan dan dijatuhi hukuman penjara masing-masing 14 bulan untuk Shalwati dan 10 bulan terhadap Azizul, pada Jumaat.
Kes yang mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa itu mula dilaporkan Astro AWANI pada 11 Januari lalu.
Menurut sumber, suami isteri itu ditahan setelah salah seorang anak mereka mengadu didera kepada seorang guru yang kemudian melaporkannya kepada polis Sweden.
Laporan itu tersebar dan hangat dibincangkan dalam laman Facebook berkumpulan sekolah berasrama penuh di Cyberjaya.
Hasil siasatan Astro AWANI, identiti pasangan suami isteri berjaya dikenal pasti pada 16 Januari.
Pada 18 Januari, anak-anak pasangan terbabit mengemukakan rayuan untuk ditempatkan bersama keluarga Islam.
Aisyah, 14 tahun, anak sulung pasangan terbabit menyuarakan keinginan itu ketika mengadakan perjumpaan dengan wakil Kedutaan Malaysia dan Khidmat Sosial Sweden.
Pada 20 Januari, pengguna media sosial melancarkan kempen bagi mendesak ‘pembebasan’ ibu bapa empat kanak-kanak ini mengunakan hashtag #SwedenLetThemGo.
Pemuda UMNO diwakili Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Sheikh Nafiq Alfirdaous, wakil Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SUKAGUAM) dan wakil Wisma Putra berlepas ke Sweden pada 25 Januari bagi membantu kes pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden itu.
Azizul kemudian dihadapkan ke mahkamah pada 30 Januari manakala isterinya Shalwati dibawa ke mahkamah pada 31 Disember.
Pada 31 Januari, anak-anak pasangan terbabit berjaya diserahkan kepada keluarga Islam dari Malaysia dan mereka kemudiannya berlepas pulang ke tanah air.
Tahanan reman pasangan terbabit turut disambung 11 hari lagi sehingga 10 Februari 2014, di mana pada tarikh yang sama turut melihat pihak pendakwa raya mengemukakan 11 muka surat kertas pertuduhan.
Antara pertuduhan yang dikenakan ke atas Azizul dan Shalwati ialah melanggar integriti dan hak kanak-kanak.
Pasangan itu seterusnya mula dibicarakan pada 18 Februari selama 11 hari di mahkamah daerah Sweden.
Sepanjang prosiding, pihak pembela dan pendakwa masing-masing mengemukakan barangan bukti termasuk beberapa alat didakwa digunakan untuk memukul.
Pendakwa raya Anna Arnel menutup kes pendakwaan dengan meminta hakim menjatuhkan hukuman berat ke atas Shalwati dan Azizul pada 17 Mac.
Keputusan kemudian dibuat pada Jumaat, 28 Mac 2014 yang melihat ketua hakim Mattias Moller menjatuhkan hukuman penjara ke atas Shalwati dan Azizul selepas didapati bersalah dengan pertuduhan dikenakan.
Astro Awani
Sat Mar 29 2014
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?