Ringkasan AI
- Jabatan Peguam Negara menolak representasi Arun Dorasamy berhubung pertuduhan membuat kenyataan yang boleh mendatangkan kegentaran awam di media sosial.
- Mahkamah Majistret Jawi menetapkan perbicaraan bermula 1 Februari 2027 dengan tujuh saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan.
- Arun didakwa mengajak protes jalanan berkaitan isu video kontroversi, mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara atau denda.
NIBONG TEBAL: Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan aktivis Arun Dorasamy atau nama sebenarnya Arumugam Dorasamy berhubung pertuduhan membuat kenyataan yang boleh mendatangkan kegentaran awam menerusi media sosial, tahun lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Airina Syazreen Zainurin memaklumkan perkara itu kepada Majistret Balqis Roslin pada prosiding di Mahkamah Majistret Jawi di sini hari ini.
Susulan itu, mahkamah menetapkan perbicaraan bermula pada 1 Feb 2027 dengan pihak pendakwaan memaklumkan akan memanggil tujuh saksi untuk memberikan keterangan.
Arumugam diwakili peguam T. Gunaseelan.
Pada 17 Mac, Arumugam, 56, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat hantaran di akaun Instagram miliknya yang dilihat dan didengar seorang individu yang boleh mendorong mana-mana orang melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah pusat beli-belah di Batu Kawan dalam daerah Seberang Perai Selatan pada 3.45 petang 12 Mac 2025.
Hantaran itu didakwa mengajak Pertubuhan Hindu Agamam Ani Malaysia mengadakan protes jalanan sekiranya tiada tindakan diambil terhadap pendakwah bebas Zamri Vinoth berhubung isu video kontroversi membabitkan tiga penyampai radio tempatan yang didakwa mempersendakan satu perayaan agama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap representasi yang dikemukakan oleh Arun Dorasamy?
A: Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan oleh Arun Dorasamy berhubung pertuduhan membuat kenyataan yang boleh mendatangkan kegentaran awam. - Q: Bilakah tarikh perbicaraan kes Arun Dorasamy ditetapkan?
A: Mahkamah menetapkan perbicaraan bermula pada 1 Februari 2027. - Q: Apakah pertuduhan yang dihadapi oleh Arun Dorasamy?
A: Arun Dorasamy didakwa membuat hantaran di akaun Instagram yang boleh mendorong mana-mana orang melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam, mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan. - Q: Di manakah dan bila perbuatan yang didakwa dilakukan oleh Arun Dorasamy berlaku?
A: Perbuatan itu didakwa berlaku di sebuah pusat beli-belah di Batu Kawan, Seberang Perai Selatan pada 12 Mac 2025, jam 3.45 petang. - Q: Apakah hukuman jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan?
A: Jika sabit kesalahan, hukuman di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan ialah penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.