MALAYSIA
Residensi Aman Lumayan MADANI, rumah moden dengan harga mampu milik di tengah ibu kota
(Dari kiri) Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Shahril Reza. -Foto Pesona Metro Holdings Bhd
KUALA LUMPUR: Projek Residensi Aman Lumayan MADANI dengan kerjasama Danau Lumayan Sdn Bhd dan Pesona Metro Holdings Bhd menyasarkan golongan B40 dan M40 yang menginginkan kediaman moden dengan harga mampu milik.
Ringkasan AI
Pengerusi Pesona Metro Holdings Bhd Wie Hock Kiong berkata, projek di bawah Skim Perumahan Residensi Wilayah itu menawarkan 3,438 unit pangsapuri ditempatkan di tiga blok.
Menurutnya, projek ini dibina di atas tanah seluas 13.48 ekar serta nilai pembangunan kasar (GDV) sejumlah RM1.03 bilion.
“Setiap unit berharga RM300,000 dengan ruang seluas 900 kaki persegi diikuti tiga bilik tidur, dua bilik air dan sebuah anjung peribadi untuk pengudaraan dan pencahayaan yang baik sekaligus menjadi ciri utama kehidupan bandar yang lebih selesa dan bermanfaat.
“Projek tersebut berorientasikan tiga blok simetri dengan reka bentuk yang dicipta untuk mempertingkatkan pengudaraan, pencahayaan semula jadi dan ruang awam.
"Sementara seni bina muka bangunan melangkaui kebiasaan segmen mampu milik menerusi penggunaan garis ringkas, corak dan variasi warna yang menghasilkan suasana lebih bertenaga dan mesra.
“Projek ini juga mengandungi dek podium di setiap blok dengan kemudahan gaya kondominium, termasuklah kolam renang dan randuk, gimnasium, dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak, taska, bilik bacaan, kawasan BBQ, surau, kedai runcit dan dobi.
"Kemudahan-kemudahan ini direka untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan penduduk termasuk individu yang baru sahaja bekeluarga, golongan bekerjaya dan pesara,” katanya ketika ditemui di Majlis Pecah Tanah Residensi Aman Lumayan MADANI yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, pada Rabu.
Sementara itu, Pengarah Urusan Danau Lumayan Shahril Reza Shaheen berkata, projek ini juga merupakan satu kebanggaan bagi pihaknya kerana dapat menyokong komitmen kerajaan secara dinamik.
“Kami berbangga dapat menyokong komitmen kerajaan untuk mempertingkatkan akses kepada perumahan mampu milik di dalam bandar.
“Sejak awal lagi, fokus kami ialah memastikan kediaman ini bukan sahaja mampu dibeli tapi juga praktikal dan selesa didiami, dengan reka bentuk luas, ciri mampan dan yang lebih utama, sebuah ekosistem yang membantu menjadikan kemudahan gaya kondominium mampu diselenggara sambil menyokong keperluan harian, gaya hidup urban dan nilai kemasyarakatan yang kuat,” ujarnya.
Menerusi acara sama, Pesona Metro Holdings Bhd turut menandatangani pembiayaan bernilai RM205 juta dengan Maybank Islamic Berhad sebagai tanda sokongan bank itu terhadap pembinaan projek.
Untuk melengkapi ekosistem komuniti yang baik, pembangunan ini juga mengetengahkan Ruang Penjaja yang menawarkan infrastruktur penting seperti sambungan elektrik dan bekalan air serta peluang untuk perniagaan kecil dan usahawan mikro dari komuniti setempat untuk berkembang.
Selain itu, ciri-ciri menarik lain bagi residensi tersebut termasuk lokasi strategik di Bandar Permaisuri Cheras, berhampiran dengan stesen LRT, KTM, dan MRT3 yang bakal dibina nanti.
Projek pembangunan ini juga berhampiran dengan kemudahan awam utama seperti Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan Stadium Cheras selain didatangkan bersama beberapa ciri hijau yang menyasarkan pengurangan kesan dan kos alam sekitar jangka panjang dengan penggunaan bumbung panel solar sebagai sumber tenaga, sistem penuaian air hujan untuk penyelenggaraan landskap dan pembersihan.
Ia juga dilengkapi ciri rekaan jimat tenaga yang akan mempertingkatkan prestasi keseluruhan bangunan dan dirancang mengikut piawaian pensijilan GreenRE, mencerminkan komitmen pemaju terhadap pembangunan bandar yang mampan dan bertanggungjawab.
Majlis turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Ringkasan AI
- Projek Residensi Aman Lumayan MADANI menawarkan 3,438 unit pangsapuri mampu milik kepada golongan B40 dan M40 dengan harga RM300,000 seunit.
- Dibangunkan di Bandar Permaisuri Cheras, projek ini dilengkapi kemudahan gaya kondominium, ciri hijau mampan, dan akses strategik kepada pengangkutan awam serta kemudahan awam.
- Projek ini disokong oleh pembiayaan RM205 juta daripada Maybank Islamic dan menampilkan Ruang Penjaja untuk menyokong usahawan mikro komuniti setempat.
Pengerusi Pesona Metro Holdings Bhd Wie Hock Kiong berkata, projek di bawah Skim Perumahan Residensi Wilayah itu menawarkan 3,438 unit pangsapuri ditempatkan di tiga blok.
Menurutnya, projek ini dibina di atas tanah seluas 13.48 ekar serta nilai pembangunan kasar (GDV) sejumlah RM1.03 bilion.
“Setiap unit berharga RM300,000 dengan ruang seluas 900 kaki persegi diikuti tiga bilik tidur, dua bilik air dan sebuah anjung peribadi untuk pengudaraan dan pencahayaan yang baik sekaligus menjadi ciri utama kehidupan bandar yang lebih selesa dan bermanfaat.
“Projek tersebut berorientasikan tiga blok simetri dengan reka bentuk yang dicipta untuk mempertingkatkan pengudaraan, pencahayaan semula jadi dan ruang awam.
"Sementara seni bina muka bangunan melangkaui kebiasaan segmen mampu milik menerusi penggunaan garis ringkas, corak dan variasi warna yang menghasilkan suasana lebih bertenaga dan mesra.
“Projek ini juga mengandungi dek podium di setiap blok dengan kemudahan gaya kondominium, termasuklah kolam renang dan randuk, gimnasium, dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak, taska, bilik bacaan, kawasan BBQ, surau, kedai runcit dan dobi.
"Kemudahan-kemudahan ini direka untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan penduduk termasuk individu yang baru sahaja bekeluarga, golongan bekerjaya dan pesara,” katanya ketika ditemui di Majlis Pecah Tanah Residensi Aman Lumayan MADANI yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Danau Lumayan Shahril Reza Shaheen berkata, projek ini juga merupakan satu kebanggaan bagi pihaknya kerana dapat menyokong komitmen kerajaan secara dinamik.
“Kami berbangga dapat menyokong komitmen kerajaan untuk mempertingkatkan akses kepada perumahan mampu milik di dalam bandar.
“Sejak awal lagi, fokus kami ialah memastikan kediaman ini bukan sahaja mampu dibeli tapi juga praktikal dan selesa didiami, dengan reka bentuk luas, ciri mampan dan yang lebih utama, sebuah ekosistem yang membantu menjadikan kemudahan gaya kondominium mampu diselenggara sambil menyokong keperluan harian, gaya hidup urban dan nilai kemasyarakatan yang kuat,” ujarnya.

Menerusi acara sama, Pesona Metro Holdings Bhd turut menandatangani pembiayaan bernilai RM205 juta dengan Maybank Islamic Berhad sebagai tanda sokongan bank itu terhadap pembinaan projek.
Untuk melengkapi ekosistem komuniti yang baik, pembangunan ini juga mengetengahkan Ruang Penjaja yang menawarkan infrastruktur penting seperti sambungan elektrik dan bekalan air serta peluang untuk perniagaan kecil dan usahawan mikro dari komuniti setempat untuk berkembang.
Selain itu, ciri-ciri menarik lain bagi residensi tersebut termasuk lokasi strategik di Bandar Permaisuri Cheras, berhampiran dengan stesen LRT, KTM, dan MRT3 yang bakal dibina nanti.
Projek pembangunan ini juga berhampiran dengan kemudahan awam utama seperti Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan Stadium Cheras selain didatangkan bersama beberapa ciri hijau yang menyasarkan pengurangan kesan dan kos alam sekitar jangka panjang dengan penggunaan bumbung panel solar sebagai sumber tenaga, sistem penuaian air hujan untuk penyelenggaraan landskap dan pembersihan.
Ia juga dilengkapi ciri rekaan jimat tenaga yang akan mempertingkatkan prestasi keseluruhan bangunan dan dirancang mengikut piawaian pensijilan GreenRE, mencerminkan komitmen pemaju terhadap pembangunan bandar yang mampan dan bertanggungjawab.
Majlis turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.


#Pesona Metro Holdings Bhd
#Residensi Aman Lumayan MADANI
#Skim Perumahan Residensi Wilayah
#Danau Lumayan Sdn Bhd