awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Residensi Prihatin sedia 12,000 unit rumah pada harga RM200,000

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
06/02/2021
04:52 MYT
Residensi Prihatin sedia 12,000 unit rumah pada harga RM200,000
Annuar berkata, skim baharu itu akan menawarkan harga RM200,000 bagi setiap unit rumah meliputi tiga bilik dan dua bilik air. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Sebanyak 12,000 unit rumah mampu milik menerusi skim Residensi Prihatin akan dilancarkan Kementerian Wilayah Persekutuan pada 22 Februari ini.
Menurut Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, skim baharu itu akan menawarkan harga RM200,000 bagi setiap unit rumah meliputi tiga bilik dan dua bilik air.
"Saya akan melancarkan pembinaan 12,000 unit rumah Residensi Prihatin iaitu skim baharu rumah mampu milik berharga RM200,000 seunit.
"Setiap unit dilengkapi tiga bilik dan dua bilik air ditawarkan pada harga di bawah pasaran dan didedikasi kepada pasangan muda untuk memiliki rumah sendiri," katanya dalam satu ciapan ringkas di akau Twitternya di sini, pada Sabtu.
Pada 22hb ini saya akan melancarkan pembinaan 12,000 unit RESIDENSI PRIHATIN,yaitu skim baru rumah mampu milik yg berharga RM200,000. Rumah 3 bilek,2 bilek air dgn harga di bawah harga pasaran di dedikasi kpd pasangan muda miliki rumah di usia muda.Pendaftaran mula 23 feb.
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) February 6, 2021
Annuar menambah, pendaftaran bagi unit dibawah skim itu akan dibuka mulai 23 Februari ini.
Astro AWANI difahamkan, majlis pelancaran itu akan diadakan di Putrajaya dan pembinaan rumah setakat ini hanya meliputi di wilayah berkenaan sahaja.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Tan Sri Annuar Musa
#Putrajaya
#rumah mampu milik
#Residensi Prihatin
#Kementerian Wilayah
#rumah murah
#pasangan muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan