awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Restoran nasi kandar di Pulau Pinang diserbu pelancong

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
16/10/2021
10:08 MYT
Restoran nasi kandar di Pulau Pinang diserbu pelancong
Pelanggan di restoran Deen Maju tidak kisah beratur panjang semata-mata untuk menikmati nasi kandar di restoran popular itu. - Gambar Astro AWANI
GEORGE TOWN: Kebenaran merentas negeri sejak Isnin lalu menyaksikan restoran nasi kandar di Pulau Pinang antara yang menjadi tumpuan pelancong yang datang bercuti ke negeri itu selain lokasi pelancongan popular seperti Batu Ferringhi, Bukit Bendera dan sebagainya.
Kesempatan cuti hujung minggu dimanfaatkan pelancong terutamanya penggemar nasi kandar untuk menikmati menu istimewa itu setelah lama tidak dapat berbuat demikian berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sebelum ini.
Tinjauan di sekitar bandaraya ini mendapati, restoran nasi kandar popular seperti Deen Maju dan Hameediyah diserbu orang ramai terutamanya pelancong dari luar negeri seperti Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan dan Johor.
Berikutan terlalu ramai pengunjung, ada yang terpaksa beratur panjang dan terpaksa menunggu hampir satu jam sebelum dapat menikmati hidangan berasaskan kari itu.
“Disebabkan sudah fikir kalau datang Pulau Pinang yang paling istimewa kena makan di (Restoran) Deen Maju… walaupun kena beratur panjang tidak mengapa, kita nikmati suasana itu, kalau kita marah-marah (maknanya) kita tidak menikmati percutian kita,” kata Mohd Ariffin Idris dari Kuala Lumpur ketika ditemu bual.
Menurut Mohd Ariffin, berikutan terlalu terlalu ramai pelanggan di restoran popular itu, dia membuat keputusan membungkus nasi kandar untuk dibawa pulang makan di tempat penginapan.
Bagi pengunjung dari negeri jiran Kedah Hafshah Mardiah Mohd Bakri, demi kerana mahu mengisi perut dengan kelazatan nasi kandar, dia sanggup beratur panjang.
Sementara itu, Mohd Noor Anuar Abd Rahman dari Pasir Puteh, Kelantan, antara tujuan utama kunjungannya ke Pulau Mutiara itu ialah untuk menikmati nasi kandar.
“Memang sudah rancang awal-awal datang sini (Pulau Pinang) untuk makan di restoran ini,” kata Mohd Noor.
Bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) turut melakukan pemantauan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan orang ramai.
Topic Berkaitan
#nasi kandar
#Deen Maju
#hameediyah
#pergerakan rentas negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan