awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
27/04/2024
23:30 MYT
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Polis sedang mengesan tiga lelaki yang disyaki membaling cat merah di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok, Bukit Mertajam. - Gambar media sosial
BUKIT MERTAJAM: Polis sedang mengesan tiga lelaki yang disyaki membaling cat merah di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok, di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Helmi Aris berkata, berdasarkan siasatan, kejadian itu berlaku kira-kira 3.03 pagi Khamis membabitkan sebuah kedai yang belum beroperasi.
"Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV ) mendapati, kejadian berlaku jam 3.30 pagi, kelihatan tiga lelaki menaiki dua buah motosikal, mereka bertindak membaling cat merah ke kedai dua tingkat yang mula beroperasi pada Sabtu sebelum melarikan diri.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian tersebut dan setakat ini punca insiden itu masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Menurut beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Dalam pada itu, Helmi turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu agar tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Ibupejabat Polis Daerah SPT di talian 04-5382222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Terdahulu tular di media sosial berdurasi 63 saat memaparkan tiga lelaki yang memakai topi keledar menaiki dua buah motosikal membaling cat merah ke sebuah kedai nasi kandar .
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran sebelum ketiga-tiga suspek melarikan diri.
Topic Berkaitan
#Restoran Nasi Kandar
#dibaling cat
#Taman Machang Bubok
#Bukit Mertajam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan