awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kematian akibat tanah runtuh di Bandung Barat meningkat kepada 56
LKM e-panggilan lebih fleksibel, kadar fi baharu ikut tempoh berkuat kuasa esok
Murid tahun enam, bapa saudara maut dalam kemalangan di Sri Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Restoran tiada sijil halal pamer ayat al-Quran kelirukan pelanggan

Bernama
Bernama
29/01/2026
13:30 MYT
Restoran tiada sijil halal pamer ayat al-Quran kelirukan pelanggan
Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata pemeriksaan terhadap premis terbabit dijalankan sepasukan pegawai dan anggota KPDN Cawangan Teluk Intan pada 1 tengah hari semalam. - Foto KPDN Perak/via Sinar Harian
IPOH: Seorang pemilik premis makanan di Teluk Intan berdepan tindakan undang-undang selepas didapati mempamerkan ayat suci al-Quran dan simbol berkaitan di dalam restoran sehingga menimbulkan kekeliruan tentang status halal makanan yang dijual.

Ringkasan AI
  • Premis makanan di Teluk Intan didapati mempamerkan ayat suci al-Quran dan simbol berkaitan, menimbulkan kekeliruan tentang status halal makanan yang dijual.
  • Pemeriksaan KPDN mendapati premis gagal mengemukakan dokumen perakuan halal dari JAKIM dan menggunakan pekerja bukan Islam dalam penyediaan makanan.
  • Pemilik premis ditahan untuk siasatan lanjut, boleh dikenakan penalti sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun, disamping denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun di bawah undang-undang berkaitan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata pemeriksaan terhadap premis terbabit dijalankan sepasukan pegawai dan anggota KPDN Cawangan Teluk Intan pada 1 tengah hari semalam.
Beliau berkata tindakan mempamerkan penggunaan ayat-ayat suci al-Quran di dalam premis umpama satu dorongan bahawa makanan yang dijual di premis itu halal atau boleh dimakan oleh orang Islam.
"Pemeriksaan mendapati premis gagal mengemukakan dokumen perakuan atau pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan menggunakan dua pekerja bukan Islam sepenuhnya dalam penyediaan makanan, termasuk tukang masak.
"Penguat kuasa turut menyita beberapa barangan bernilai RM500 termasuk satu set kalimah Allah dan Muhammad (kayu dan plastik), al-Quran hiasan dinding, salinan Lesen Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dan daftar perniagaan untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan dengan itu, Kamalludin berkata pemilik premis berkenaan ditahan untuk diambil keterangan dan beberapa barangan dari premis disita bagi siasatan lanjut mengikut Perenggan 4 Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.
"Bagi kesalahan ini, penalti hingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun untuk individu, dan hingga RM5 juta untuk perbadanan, boleh dikenakan.
"Pemilik premis juga disiasat di bawah Perenggan 8, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun untuk individu, dan hingga RM200,000 untuk perbadanan," katanya.
Beliau berkata KPDN akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menggunakan logo halal atau takrif halal tidak sah kerana boleh mengelirukan orang Islam tentang status halal makanan, barang dan perkhidmatan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Teluk Intan
#tiada sijil halal
#pamer ayat Al-Quran
#restoran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan