awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Retinopati diabetik: Lakukan saringan penglihatan secara berkala

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
15/01/2024
03:27 MYT
Retinopati diabetik: Lakukan saringan penglihatan secara berkala
Ada beberapa gejala yang akan dialami oleh pesakit ini termasuk hilang penglihatan secara perlahan-lahan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Penghidap diabetes dinasihatkan untuk melakukan saringan penglihatan secara berkala bagi mencegah retinopati diabetik.
Retinopati diabetik merupakan gejala kerosakan pada retina mata dan boleh menyebabkan penglihatan mata merosot dan seterusnya buta.
Ini kerana, menurut Pakar Perunding Oftalmologi, KL Eye Special Centre, Dr Nor Ain Mohd Rawi, kebiasaannya retinopati diabetik sukar dikesan kerana ia berlaku dalam mata.
“Yang menariknya tentang retinopati diabetik adalah ia berlaku dalam mata, yang kita kata seperti ‘eyebag’ itu di luar mata. Kesan kencing manis pada mata kita tak nampak pun, nampak macam normal sahaja.
“Dari luar nampak cantik tetapi dalam saraf mata, pakar perubatan akan nampak selepas periksa mata pada saluran mata itu.
“Penglihatan teruk sekali pun tidak nampak jadi itu bahayanya. Pesakit perlu lakukan saringan secara berkala dan saringan awal,” jelasnya.
Katanya lagi, golongan berisiko termasuk penghidap dibates lebih 10 tahun, mereka yang kurang darah, obesiti, tinggi paras gula, kolesterol dan tekanan darah.
AWANI Pagi: Mata Diabetes: “Ada tip untuk pencegahan?"
Bagaimanapun, ia sukar untuk dikesan pada peringkat awal memandangkan tiada simptom atau gejala yang ketara.
Namun, ada beberapa gejala yang akan dialami oleh pesakit ini termasuk hilang penglihatan secara perlahan-lahan.
“Kadang-kadang pesakit hilang penglihatan secara perlahan-lahan, makin lama makin kabur atau hilang penglihatan secara tiba-tiba. Kalau tiba-tiba maksdunya ada pendarahan dalam mata, disebabkan saluran darah pecah.
“Jadi mata tidak cukup oksigen, akan tumbuh saluran darah baru dan saluran darah baru otu senang pecah dan berdarah boleh mata kabur tiba-tiba, perlahan-lahan.
“Saluran darah bengkak juga boleh menyebabkan pesakit nampak seperti nyamuk-nyamuk terbang, mereka akan nampak warna berubah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika diwawancara dalam program AWANI Pagi pada Isnin.
Justeru, beliau menasihatkan orang awam agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat untuk mencegah sebarang penyakit yang boleh menyebabkan komplikasi kepada kesihatan mata.
Topic Berkaitan
#kencing manis
#diabetes
#Retinopati diabetik
#Dr Nor Ain Mohd Rawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan