SHAH ALAM: Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky kecewa apabila skuad wanita negara gagal memanfaatkan peluang terbaik untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.
Pada perlawanan suku akhir di Pusat Konvensyen Setia City, di sini hari ini, skuad negara tewas 0-3 di tangan barisan kedua Indonesia.
Rexy berkata skuad negara gagal mengambil peluang susulan Indonesia tidak menurunkan perseorangan utama Gregoria Mariska Tunjung dan beregu pingat perak Kejohanan Dunia 2023, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Ramadhanti.
"Kita lihat perlawanan setara antara kedua-dua pasukan jadi siapa yang tampil lebih baik akan ke peringkat separuh akhir. Saya lihat kita berpeluang (untuk menang) tetapi pemain kita melepaskan satu kesempatan kerana perlawanan ini sudah masuk ke pusingan kalah mati," katanya kepada pemberita di sini.
Menyentuh mengenai prestasi beregu Pearly Tan-M. Thinaah yang ditumpaskan pasangan ke-30 dunia, Lanny Trai Mayasari-Ribka Sugiarto, Rexy mengakui Thinaah berhadapan dengan masalah keyakinan diri ketika berdepan pihak lawan dalam gelanggang.
Oleh kerana itu, katanya, kekurangan itu menjadi sasaran Lanny-Ribka untuk mencuri mata, sekali gus memenangi perlawanan dengan 21-14, 18-21, 21-15 dalam masa 59 minit.
Terdahulu, K. Letshanaa yang turun selaku perseorangan pertama terpaksa akur terlepas mata pertama negara apabila tunduk kepada Putri Kusuma Wardani 13-21, 21-18, 13-21, selain Wong Ling Ching ditewaskan 21-14, 15-21, 16-21 oleh Ester Nurumi Tri Wardoyo.
Susulan kekalahan itu, skuad wanita negara terlepas slot automatik ke Piala Uber di Chengdu, China, April ini.
Hanya empat pasukan terbaik daripada kejohanan ini layak secara automatik ke Piala Uber.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024
Rexy berkata skuad negara gagal mengambil peluang susulan Indonesia tidak menurunkan perseorangan utama Gregoria Mariska Tunjung dan beregu pingat perak Kejohanan Dunia 2023, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Ramadhanti. - Gambar fail/Bernama
Orang ramai diminta waspada, jangan muat turun sebarang APK
Hal ini kerana penggodaman telefon pintar ialah modus operandi yang sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.
Gua Musang bakal jadi pusat ekonomi Kelantan
Gua Musang bakal dijadikan antara daerah pusat ekonomi negeri Kelantan susulan kedudukannya yang strategik dan dapat menghubungkan negeri ini dengan Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu.
Pembaharuan cukai Malaysia bantu pacu inovasi, teknologi maju - BMI
Pembaharuan cukai menyeluruh itu bertujuan merangsang industri tempatan dan menyalurkan pelaburan ke dalam sektor utama, termasuk pembuatan maju.
IATA naikkan unjuran untung bersih syarikat penerbangan cecah AS$30.5 bilion
IATA berkata sektor Amerika Utara terus menjadi penyumbang utama terhadap keuntungan industri penerbangan, didorong oleh beberapa faktor.
Kesuma teroka kepakaran, teknologi dan kemahiran Jepun pertingkat keupayaan Perkeso
Kerjasama menerusi Perkeso dengan pelopor teknologi moden pemulihan anggota berpangkalan di Tsukuba, Cyberdyne Inc, memberi nilai tambah.
Penggiat semikonduktor sedia manfaatkan NSS bagi pertingkat kedudukan
Wong berkata NSS meningkatkan lagi rantaian nilai negara di peringkat global dan memacu teknologi pembungkusan, peralatan dan automasi maju.
Urbanisasi: Beri penekanan aspek pelaksanaan di peringkat PBT
Usaha tidak boleh terhenti di situ kerana banyak usaha perlu dilakukan khususnya di peringkat kerajaan tempatan.
Johari mulakan lawatan ke Jepun dengan mengunjungi entiti pertanian
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memulakan lawatan rasmi lima hari ke Jepun dengan melawat dua entiti berkaitan teknologi dan penyelidikan pertanian pada Isnin.
Malaysia negara paling disayangi di Asia
Malaysia menduduki tangga pertama dalam senarai 20 Negara Paling Disayangi di Asia oleh sebuah portal laman web kewangan, Insider Monkey yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS).
Alat penyembut kabus bantu sejukkan suhu badan gajah
Sebuah pusat pemulihan gajah di selatan India, Tamil Nadu memasang alat penyembur kabus untuk memastikan gajah-gajah mereka sentiasa berada dalam keadaan yang sejuk.
Rexy kecewa skuad wanita tidak manfaat peluang di BATC 2024
Rexy Mainaky kecewa apabila skuad wanita negara gagal memanfaatkan peluang terbaik untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.