TANAH MERAH: Apabila tiba musim tengkujuh, Siti Mariam Samad dari Kampung Padang Siam, di sini, boleh tersenyum lebar kerana pelbagai tanaman ubi yang diusahakan bersama suami begitu laris dan mendapat permintaan tinggi.
Wanita berusia 55 tahun itu dan suami Muhammad Noor, 57, mengusahakan pelbagai tanaman ubi di atas sebidang tanah di belakang rumah mereka di Kampung Padang Siam, dekat sini, sejak tujuh tahun lepas.
Antara ubi yang diusahakan pasangan penoreh getah itu ialah ubi kayu, badak, keledek dan kembili yang hanya memerlukan tujuh bulan untuk dituai dan mengeluarkan hasil.
"Walaupun tiba musim tengkujuh, ramai petani akan berasa risau, namun rezeki saya berlimpah ruah pada waktu hujan.
"Kebiasaannya jika musim hujan, makin ramai orang membeli ubi, kalau tidak hujan permintaannya kurang," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Menurut Siti Mariam ketika musim hujan, mereka mampu menjual pelbagai jenis ubi seperti ubi kayu, badak, keledek dan kembili sebanyak 30 hingga 50 kilogram (kg) sehari.
"Harga jualan bergantung kepada jenis ubi, bermula serendah RM2 hingga RM5 sekilogram," katanya.
Bercerita lanjut, Siti Mariam berkata disebabkan pendapatan sebagai penoreh ketika musim tengkujuh sering tidak menentu, maka mereka memilih untuk mengusahakan tanaman ubi sebagai sumber pendapatan sampingan.
"Bekerja sebagai penoreh getah, pendapatan pasti tidak menentu apabila tiba musim tengkujuh disebabkan itu kami mengambil inisiatif untuk menanam ubi bagi menjana pendapatan.
Ubi begitu sinonim di Kelantan ketika musim hujan dan biasa dimakan dengan cara direbus dan dihidang bersama kelapa parut, sambal tumis ikan bilis, atau dibuat ubi 'getuk', tapai ubi dan ubi goreng.
Kuih putu halba antara kuih tradisional diperbuat daripada ubi kayu juga mendapat permintaan tinggi semasa musim tengkujuh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 08 2022
Siti Mariam menjana pendapatan sampingan dengan menjual hasil ubi, iaitu makanan tradisi masyarakat Kelantan ketika musim tengkujuh. - Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Bantuan segera penoreh tangani musim panas dibincang di Dewan Rakyat hari ini
Kertas Putih Kesihatan dijangka dibentang hari ini selepas ia tidak sempat dibentang ketika sidang Dewan Rakyat semalam.
Pekebun kecil getah, pesawah, nelayan bersyukur dapat 'duit raya'
Bantuan berkenaan dapat membantu meringankan beban golongan itu dalam membuat persiapan menyambut lebaran.
Rezeki lumayan penoreh, jual pelbagai ubi pada musim tengkujuh
Antara ubi yang diusahakan pasangan penoreh getah itu ialah ubi kayu, badak, keledek dan kembili.
Bantuan Musim Tengkujuh RM69.9 juta untuk pekebun kecil Risda - PM
Ia sebagai usaha berterusan dilaksanakan kerajaan bagi memelihara kebajikan pekebun kecil yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada industri getah negara.
Perkeso cadang perluas caruman meliputi petani, penoreh dan nelayan
Sebelum ini beberapa golongan sahaja berpeluang mencarum dalam skim itu termasuk pemandu teksi, grab dan pemandu bas yang akan dikuatkuasakan mulai Julai depan.
Bayaran bantuan kepada pekebun kecil getah bukan pampasan - Alexander
Kerajaan memperuntukkan lebih RM200 juta bagi pembayaran wang bantuan kepada penoreh dan pekebun kecil getah di seluruh negara.