awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan berdemonstrasi bantah perang Gaza di Frankfurt selepas larangan dibatalkan

Bernama
Bernama
30/08/2025
22:20 MYT
Ribuan berdemonstrasi bantah perang Gaza di Frankfurt selepas larangan dibatalkan
Ribuan orang menyertai demonstrasi pro-Palestin di Frankfurt, Jerman, sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin dan gesaan gencatan senjata. - Foto AP
FRANKFURT: Ribuan orang berhimpun di Frankfurt pada Sabtu bagi membantah perang di Gaza selepas mahkamah membatalkan larangan perhimpunan yang dikenakan oleh pihak berkuasa bandar raya di barat Jerman itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Polis melaporkan kira-kira 10,000 peserta hadir di lokasi permulaan di Hafenpark, melebihi 5,000 orang yang pada awalnya didaftarkan.
Penunjuk perasaan yang membawa bendera Palestin dan poster melaungkan slogan seperti "Kebebasan untuk Palestin" dan "Dari Sungai hingga ke Laut - Palestin akan bebas."
Ungkapan terakhir itu menjadi punca pertikaian undang-undang di Jerman, dengan sesetengah bandar mendakwa aktivis yang menggunakannya, manakala beberapa mahkamah membatalkan sabitan itu.
Perarakan yang diadakan di bawah tema "United4Gaza - Hentikan Genosid Sekarang!" dijadual bergerak dari timur Frankfurt ke Dataran Rossmarkt di pusat bandar.
Polis memaklumkan tiada insiden besar atau rusuhan dilaporkan sehingga petang.
Pihak berkuasa bandar raya sebelum ini cuba menghalang demonstrasi itu dengan alasan ia berpotensi menjadi "perhimpunan anti-Semitik."
Ia menyatakan kebimbangan mengenai ketegangan yang boleh tercetus antara aktivis pro-Palestin dan pro-Israel.
Bagaimanapun, penganjur mencabar larangan itu dan memenangi kes di Mahkamah Pentadbiran Frankfurt pada Khamis.
Mahkamah memutuskan bahawa larangan itu tidak berasas berdasarkan penilaian risiko polis ketika ini, dengan menyatakan bahawa larangan hanya boleh dikenakan jika terdapat ancaman segera terhadap keselamatan awam.
Mahkamah Pentadbiran di Kassel turut meneliti demonstrasi itu dan pada Jumaat memutuskan ia boleh diteruskan. Mahkamah itu menegaskan polis boleh menumpukan perhatian kepada individu bermasalah untuk memastikan hak asasi berkumpul secara aman bagi peserta lain terus terjamin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#demonstrasi
#perang
#himpunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan