MALAYSIA
Ribuan penganut Hindu sertai perarakan Thaipusam, suasana meriah di pusat bandar
Penganut Hindu setia mengiringi perarakan pedati yang membawa patung Dewa Murugan melalui Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, malam tadi, sebagai sebahagian daripada ritual menyambut perayaan Thaipusam. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Ribuan penganut Hindu membawa 'archenai' iaitu talam yang diisi kelapa, wang, buah-buahan dan bunga membanjiri sekitar pusat bandar malam tadi bagi menyertai perarakan pedati perak sempena sambutan Thaipusam.
Ringkasan AI
Perarakan itu bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee menuju ke Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves, dekat sini.
Perarakan pedati perak yang bermula kira-kira 9 malam itu membawa patung Dewa Murugan dan diiringi alunan alat muzik tradisional India, termasuk 'mridangam' dan 'natheswaran', selain disertai penganut yang membawa 'paal kudam' serta pelbagai persembahan keagamaan.
Tinjauan Bernama mendapati suasana sepanjang laluan perarakan berlangsung meriah dan terkawal dengan kehadiran anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia serta sukarelawan yang bertugas mengawal keselamatan dan lalu lintas.
Selain itu, khemah-khemah 'thaneer panthal' yang menyediakan makanan dan minuman percuma kepada pengunjung turut menjadi tarikan yang memeriahkan lagi suasana malam tadi.
Berkongsi pengalamannya, penganut K. Vishalini, 29, berkata menyertai perarakan itu dari tempat ia bermula adalah sangat bermakna.
"Apabila anda ke sini untuk Thaipusam, ia bukan sahaja tentang doa, tetapi juga perasaan dan suasananya. Di sinilah perjalanan bermula. Apabila kami mula-mula melihat Dewa Murugan di atas pedati di tempat permulaan, kami rasa benar-benar diberkati. Di sini juga di mana orang ramai berkumpul dan kemeriahannya bermula," katanya.
Beliau berkata keluarganya merancang untuk terus mengikuti perarakan itu.
"Sebab itulah mengapa kami datang malam ini, dan kami akan datang semula esok pagi. Kami mengikut perjalanan pedati di mana ia berada ketika itu, dan dari situ kami terus berjalan hingga Batu Caves. Sesetengah orang memulakan perjalanan mereka dari sini, seperti abang ipar saya," katanya.
Vishalini turut menekankan bahawa Thaipusam melambangkan kesatuan dan kebersamaan melebihi sumpah peribadi.
"Thaipusam bukan sahaja tentang doa, ia juga tentang kesatuan. Abang ipar saya, sebagai contoh, menyempurnakan sumpah 'paal kudam' minggu lepas. Malam ini, dia berjalan bersama-sama pedati sebagai satu bentuk pengabdian, mengikutnya ke mana ia pergi.
"Sepanjang jalan, anda boleh lihat kanopi, muzik, tarian dan perayaan. Rasa seperti kami mengalu-alukan dan berjalan bersama Dewa Murugan. Sebab itulah kami mahu menjadi sebahagian daripada perarakan ini," katanya.
Suaminya S. Suria Kumar, 30, berkata signifikan lokasi itu ialah fungsinya sebagai tempat permulaan perjalanan suci itu.
"Kami datang hari ini kerana di sinilah tempat di mana Dewa Murugan dibawa keluar dari dalam kuil dan ditempatkan di atas pedati. Bermula dari sini, semua orang bergerak bersama-sama menuju Batu Caves dan ia sangat indah untuk disaksikan," katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata setakat ini trafik berjalan lancar dengan perarakan pedati yang bermula 9 malam tadi dan dijangka tiba di Batu Caves sekitar awal pagi ini.
Beliau berkata sebanyak 12 persimpangan jalan di sekitar ibu negara ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bagi memberi laluan kepada perarakan pedati berkenaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Ribuan penganut Hindu sertai perarakan pedati perak sempena Thaipusam dengan membawa 'archenai' berisi kelapa, wang, buah-buahan, dan bunga di pusat bandar.
- Perarakan dimulai dari Kuil Sri Maha Mariamman ke Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves, diiringi patung Dewa Murugan dan alat muzik tradisional India.
- Keselamatan dan lalu lintas dijaga ketat dengan kehadiran FRU dan sukarelawan; khemah 'thaneer panthal' menyediakan makanan dan minuman percuma meriahkan suasana.