awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan rakyat sertai YDP Agong tunai solat sunat Aidilfitri di ibu negara

Firdaus Azil
Firdaus Azil
02/05/2022
01:30 MYT
Ribuan rakyat sertai YDP Agong tunai solat sunat Aidilfitri di ibu negara
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan beramah mesra dengan para jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini. -BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mencemar duli untuk bersama-sama menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama rakyat di Masjid Wilayah Persekutuan.
Terdahulu, Tuanku Baginda berdua tiba di pekarangan masjid sekitar 8.20 pagi, disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Muhyidin Aziz @ Saari, serta barisan jemaah Kabinet.
Turut berkenan mencemar duli menunaikan solat sunat Aidilfitri ialah Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.
Sejurus selesai menunaikan solat hari raya, Yang Di-Pertuan Agong berkenan bersalaman dengan rakyat, susulan prosedur operasi standard Kementerian Kesihatan Malaysia baharu yang membenarkan aktiviti bersalaman bermula 1 Mei.
Selesai Tuanku berdua berangkat pulang, Perdana Menteri sempat memberi reaksi tentang sikap masyarakat yang masih berwaspada, terutamanya memakai pelitup muka biarpun ia bukan lagi satu kemestian jika berada di tempat awam yang terbuka.
“Di dalam bangunan masih lagi makai pelitup muka, di luar bangunan atau di kawasan terbuka tidak lagi perlu pakai mask.
"Tapi saya lihat waktu saya datang ke masjid tadi, ramai datang berjalan kaki ke masjid dengan memakai pelitup muka.
“Bermakna rakyat masih lagi berhati-hati dan menjaga mengawal sendiri kesihatan diri sendiri, anak dan keluarga, serta masyarakat sekeliling.
"Jadi, Alhamdulillah, walaupun diberi kebebasan, tetapi tidak terlalu terbuka atau bebas, masih lagi ada yang terus berwaspada,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
#ismail sabri yaakob
#Solat sunat Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan