[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

Ribuan serbu sesi temuduga Tesla Malaysia di Cyberjaya

Fareez Azman 17/06/2023 | 08:30 MYT
Seawal jam 10.00 pagi lagi ribuan pencari kerja dilihat mula beratur.- Foto ihsan pembaca
KUALA LUMPUR: Sesi temuduga 'walk-in' Tesla Malaysia yang diiklankan sebelum ini diserbu ribuan orang ramai pada Sabtu.
Difahamkan sesi temuduga yang bermula dari jam 12 tengah hari sehingga 4 petang itu diadakan di pejabat Cyberview Sdn Bhd yang terletak di Persiaran Apec, Cyberjaya.
Bagaimanapun seawal jam 10.00 pagi lagi ribuan pencari kerja dilihat mula beratur sehingga mengakibatkan kesesakan berlaku.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini Tesla Malaysia mengiklankan pengambilan pekerja untuk operasi ibu pejabatnya yang pertama di negara ini.
Menerusi iklan itu, lima perjawatan dibuka kepada orang awam iaitu penasihat jualan, penasihat jualan perusahaan, penasihat penghantaran, pakar sokongan pelanggan dan penasihat perkhidmatan.
Awal Mac lalu, Tesla mengumumkan akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia menerusi Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla.
Ia susulan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Kenderaan Bateri Elektrik (BEV) ke negara ini.
#Tesla Malaysia #temuduga #MITI #pelaburan #Malaysia