awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan tonton perlawanan akhir Piala Dunia bersama pemimpin di Dataran Merdeka

Bernama
Bernama
15/07/2018
17:13 MYT
Ribuan tonton perlawanan akhir Piala Dunia bersama pemimpin di Dataran Merdeka
Para penyokong bola sepak menyaksikan tayangan perlawanan akhir Piala Dunia Russia 2018 antara Perancis menentang Croatia menerusi skrin layar gergasi di Dataran Merdeka malam ini. - fotoBERNAMA
Kira-kira 5,000 peminat bola sepak menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2018 yang ditayangkan melalui skrin gergasi di Dataran Merdeka, di sini malam ini bersama beberapa pemimpin negara.
Pemimpin negara yang hadir antaranya ialah Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Wilayah Khalid Abd Samad dan Menteri Kerja Raya Baru Bian.
Pada aksi final di Stadium Luzhniki, Moscow itu, juara edisi 1998, Perancis bertemu Croatia yang mara ke final buat kali pertama.
Syed Saddiq menyatakan kegembiraan melihat rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama, terutamanya anak-anak muda hadir menyaksikan tayangan itu bersama keluarga.
"Ini membuktikan bahawa sukan ini berjaya menyatupadukan semua. Perkara ini patut dijadikan teras utama sukan di sebalik menang trofi kerana ia merupakan ejen penyatuan yang kukuh," katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam ini.
Terdahulu, Khalid dalam ucapannya berkata tayangan menerusi skrin led bersaiz 100x50 kaki (30.48x15.24 meter) itu malam ini merupakan tayangan skrin led terbesar di Malaysia.
Turut hadir ialah duta dan pegawai dari kedutaan Perancis dan Croatia.
Sementara itu, di Kuala Pilah, kira-kira 500 belia hadir Fiesta World Cup Belia Parlimen Kuala Pilah yang berlangsung di perkarangan pejabat Anggota Parlimen Kuala Pilah malam ini.
Program tersebut dirasmikan oleh Anggota Parlimen Kuala Pilah yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Dataran Merdeka
#menteri
#Moscow
#pemimpin
#Piala Dunia
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan