awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan umat Islam sertai "Doa Untuk Malaysia" di Dataran Merdeka

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
13/08/2016
13:36 MYT
Ribuan umat Islam sertai "Doa Untuk Malaysia" di Dataran Merdeka
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri Doa Untuk Malaysia di Dataran Merdeka malam ini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan). - Foto Bernama
Ribuan umat Islam membanjiri Dataran Merdeka bagi menjayakan majlis Doa Untuk Malaysia 2016 sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan disambut tidak lama lagi.
Majlis turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib dan disusuli Solat Isyak dan Solat Hajat secara berjemaah.
Ia kemudian diteruskan dengan Doa Untuk Malaysia yang dipimpin Tuan Asmawi Tuan Umar.
Majlis diteruskan dengan alunan selawat dan qasidah yang dipimpin Habib Syech Abdul Kadir Abdul Rahman Assegaf selain disertai kumpulan In-Team, Al-Mawlid, kumpulan hadrah dan diisi dengan bacaan tawsiah oleh Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid.
Tahun ini merupakan kali ketiga penganjuran Doa Untuk Malaysia dan menjadi acara tahunan sebagai pembukaan kepada semua acara Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 yang disusun oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebagai Sekretariat Merdeka.
Pengajuran program itu bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan dengan nilai keagamaan melalui pengisian program yang berteraskan Islam selain menerapkan semangat patriotik kalangan rakyat.
Ia turut mendidik rakyat agar sentiasa menjadikan Rasullullah sebagai idola dan mencontohi keperibadian baginda.
Program sama turut dilaksanakan penganut agama lain antara 12 Ogos hingga 28 Ogos di rumah ibadat masing-masing.
Topic Berkaitan
#Doa Untuk Malaysia
#Hari Kebangsaan
#Hari Malaysia
#Najib Razak
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan