awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut di Melaka, kenderaan dihempap pokok, atap rumah ranap

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
22/10/2022
16:17 MYT
Ribut di Melaka, kenderaan dihempap pokok, atap rumah ranap
JBPM negeri memaklumkan tiga laporan membabitkan dahan pokok menghempap kenderaan diterima di sekitar daerah Melaka Tengah. - Astro AWANI
MELAKA TENGAH: Ribut serta hujan lebat sejak lewat petang tadi mengakibatkan beberapa kediaman dan premis perniagaan di sekitar negeri Melaka mengalami kerosakan.
Bencana itu turut menyaksikan beberapa kejadian kenderaan dihempap pokok, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, empat kawasan kediaman di Durian Tunggal, Alor Gajah juga dinaiki air susulan limpahan air sungai berhampiran.
Katanya, bagaimanapun tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dan hanya lima keluarga ditempatkan sementara di balai raya berhampiran sehingga banjir terkawal.
“Di Daerah Alor Gajah empat kawasan kampung iaitu Kampung Gadek, Kampung Bukit Tambun, Kampung Punggur dan Kampung Bukit Balai mulai dinaiki air di beberapa kediaman yang rendah.
“Namun tiada PPS dibuka dan atas persetujuan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Alor Gajah, 19 mangsa di tempatkan sementara di balai raya Bukit Tambun dan Bukit Balai di sini,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri memaklumkan tiga laporan membabitkan dahan pokok menghempap kenderaan diterima di sekitar daerah Melaka Tengah.
Katanya, semua mangsa yang berada di dalam kenderaan berjaya dibawa keluar dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.
“Kesemua kejadian ini tidak melibatkan kemalangan jiwa dan dipercayai bukan akibat kilat, sebaliknya kerana angin yang kuat.
“Ketiga-tiga kes diterima antara pukul 6.25 petang hingga pukul 8.29 malam,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#ribut di melaka
#hujan lebat
#kenderaan dihempap pokok
#rumah rosak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan