Ribut: Enam sekeluarga cemas pokok tumbang atas rumah

Bernama
November 2, 2023 04:40 MYT
Ribut menyebabkan bumbung di bahagian dapur kediaman itu rosak ditimpa pokok. - Gambar/ APM Johor
KLUANG: Enam sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Kampung Melayu Nyior, di sini dilanda ribut pada 6.50 petang semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kluang dalam kenyataan hari ini memaklumkan ribut menyebabkan bumbung di bahagian dapur kediaman itu rosak.
"Bagaimanapun, tiada kemalangan dilaporkan dan mangsa tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
"Setakat ini mangsa belum membuat laporan polis dan hanya sebuah rumah yang dilaporkan terjejas dalam kejadian ribut semalam," menurut kenyataan itu.
--BERNAMA
#ribut johor #Pokok tumbang #Kluang #Kampung Melayu Nyior